Sep 25, 2008

Salam Aidilfitri Dari AMK Pahang

Warga AMK Pahang Darulmakmur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia amnya dan Pahang khasnya.Mohon Maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Juga kami ingin mengingatkan kepada para pemandu supaya berhati-hati di jalanraya

Sep 23, 2008

Pembentukan Kerajaan : Mestikah Parlimen Bersidang?

Oleh Maria J. Dass
The Sun,September 22,2008

Pandangan yang mengatakan bahawa persidangan Parlimen hendaklah diadakan untuk menjalankan undian tidak percaya terhadap Perdana Menteri (PM) adalah terlalu umum, menurut pendapat Tommy Thomas, seorang Peguamcara dan Peguambela. Beliau menyatakan demikian merujuk kepada temuramah yang disiarkan oleh akhbar TheSun dengan pakar undang-undang perlembagaan Prof. Dr Shad Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa di bawah Artikel 43(4),Parlimen berkuasa untuk memecat PM dan bukanya Agong

Artikel 43(4) perlembagaan berbunyi: “Sekiranya PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti oleh ahli-ahli dewan, maka,melainkan dengan permintaan Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan dari kabinet”

“Walaubagaimanapun, tafsiran yang dibuat oleh Shad adalah benar sekiranya Artikel 43(4) berbunyi begini: Sekiranya PM dikalahkan oleh undi tidak percaya di Dewan Rakyat, maka...”

Jika tafsiran Shad adalah benar,artikel itu adalah terhad kepada satu kaedah dan satu bentuk fakta sahaja iaitu, perkara tersebut hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat. Menurut Tommy lagi, skop yang lebih luas di dalam perlembagaan membenarkan kaedah yang lain untuk digunapakai
Tommy berkata “Saya menerima kaedah yang disebutkan oleh Shad sebagai kaedah yang tradisi tetapi tidak bersetuju bahawa ia adalah satu-satunya kaedah yang boleh digunapakai,” di dalam wawancara dengannya Jumaat lepas

Menurutnya Artikel 43(4) mewakili laporan Suruhanjaya Reid dan mengekalkan bentuk asalnya yang di rekabentuk berdasarkan prinsip Perlembagaan British yang menganugerahkan kepada Yang DiPertuan Agong kuasa yang setaraf dengan Raja British. Menurutnya lagi, hampir semua negara-negara komanwel mempunyai individu yang mempunyai kedudukan yang serupa dengan Raja British dari segi kuasa.India, sebagai negara republik,mempunyai presiden manakala Australia dan New Zealand mempunyai Ketua Gabenor yang mewakili Ratu British.Persoalannya apakah kaedah-kaedah lain selain dari undi tidak percaya?

Thomas: Untuk menjawab soalan ini, kita kena melihat kepada fakta bahawa hampir setiap negara komanwel, mereka mempunyai kuasa tertinggi, iaitu raja berperlembagaan. DI Malaysia, individu tersebut adalah Agong yang termaktub di dalam Artikel 32(1) undang-undang perlembagaan.Kuasa tertinggi ini adalah melangkaui batasan politik dan menjalankan fungsi untuk mengimbangi negara, terutamanya pada waktu krisis seperti ini

Artikel 43(2)(a), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah mula-mula sekali melantik PM untuk mengetuai kabinet yang diwakili oleh Ahli Parlimen yang menurut pertimbangannya mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Parlimen, Ini menunjukkan kuasa mutlak Agong untuk melantik PM

Agong hendaklah menerima pakai 99.999% nasihat PM pada setiap masa menurut artikel 40(1); walaubagaianapun, menurut artikel 40(2), Agong boleh bertindak untuk melantik PM dan menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen

Di dalam beberapa situasi, Agong tidak perlu menerima pakai nasihat dari PM kerana nasihat tersebut mungkin untuk kepentingan sendiri. Di dalam keadaan di mana PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti,nasihat peribadinya mungkin “Kekalkan saya, jangan pecat saya”. Jadi dalam keadaan seperti ini yang sukar, Agong hendaklah melihat kepada nasihat tersebut dan bertindak untuk kepentingan negara

Sebagai raja berperlembagaan, Agong tidak boleh memecat PM kecuali dia yakin bahawa PM telah hilang sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan oleh artikel 43(4) dan 40(3)

Jika keadaan 43(4) berlaku, maka PM boleh dipecat jika dia tidak meletakkan jawatan

Peruntukan di dalam perlembagaan memberi Agong peruntukan untuk membuat keputusa yang luas, tetapi dia tidak boleh bertindak sebagai diktator di mana terdapat kekangan kepada hak mutlak baginda.Sebagai contoh, baginda tidak boleh melantik sesiapa sahaja menjadi PM kerana calon PM mestilah daripada kalangan ahli dewan rakyat.Ini bermakna, pilihan baginda terhad kepada 222 orang sahaja

Bagaimana pula Agong boleh melaksanakan hak mutlak beliau jika tidak berlaku undi tidak percaya?

Perakuan bertulis yang ditandatangani oleh majoriti oleh ahli dewan rakyat, di mana jikalau ahli parlimen memohon mengadap baginda dan menunjukkan dokumen yang mengesahkan bahawa ahli parlimen tersebut mempunyai majoriti sokongan deklarasi tidak percaya

Jika Agong berpuashati dengan ketulenan tandatangan tersebut, maka baginda boleh menerima kaedah tersebut bagi menentukan akan hilang kepercayaan kepada PM.

Sep 19, 2008

Pak Lah Letak Jawatan Sebelum 9 September ?

Laporan dari Malaysian Insider menyatakan sebilangan Ahli MT UMNO menasihati Pak Lah supaya berundur dalam masa yang terdekat iaitu sebelum Mesyuarat UMNO Bahagian yang dijangka bermula pada 9-September 2008.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin mengetuai kumpulan yang mendesak perletakan jawatan Pak Lah itu. Walaubagaimanapun, menurut sumber, beliau menggunakan pendekatan yang lembut dan berhemat di dalam menasihati Pak Lah untuk berundur.Ketua Wanita UMNO, Dato' Seri Rafidah Aziz diberitakan menggunakan pendekatan yang lebih lantang dan secara tegas menuntut Pak Lah supaya meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau berbuat demikian akan membuatkan BN kehilangan sokongan ahli dan juga rakyat.

Pembentukan Kerajaan PR : Mengadap Agong sebagai Proses Seterusnya ?

"Saya tidak menolak akan kemungkinan itu - DSAI", Ini adalah jawapan DSAI apabila ditanya jika PM Abdullah menolak untuk mengadakan persidangan tergempar parlimen selewat-lewatnya Selasa depan 23-September 2008, Adakah Beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) akan memohon untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong.
Amat jelas disini PR mengambil pendekatan yang begitu cermat dan berhemat untuk membolehkan proses untuk mengambil alih kerajaan persekutuan berjalan dengan lancar.Ini bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara Malaysia yang kita cintai ini. Sikap Pak Lah yang masih mengalami "Sindrom Penafian" amat dikesalkan apabila permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan beliau oleh DSAI di tolak mentah-mentah. Malah permintaan PR untuk mengadakan Sidang Tergempar Parlimen juga ditolak oleh beliau.Ini jelas menunjukkan sikap tidak hormat BN kepada proses demokrasi negara.

Sep 18, 2008

Malaysiakini : Anwar seeks emergency House session

Opposition Leader leader Anwar Ibrahim today said he has sent a letter to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi asking him to convene an emergency session of the Parliament for an emergency motion to debate on the premier's government.

"I have made a formal request to call for an emergency session in Parliament to debate a motion of no confidence against the leadership of Barisan Nasional not later than Sept 23."

Speaking at a press conference, the Pakatan Rakyat supremo said that the opposition alliance wanted to debate on a motion of no confidence against Abdullah.He wanted the Parliament to be recalled not later than next Tuesday.Anwar said that the letter was jointly signed by him as PKR leader, PAS president Abdul Hadi Awang and DAP parliament leader Lim Kit Siang.

Pakatan Rakyat Minta Sidang Tergempar Dewan Selasa Depan

Dato Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Pakatan Rakyat(PR) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Badawi supaya mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat Selasa depan 23-Sep-2008. Ini bertujuan untuk membolehkan PR membentuk kerajaan pusat yang baru seperti yang dirancangkan.DSAI juga menekankan adalah kritikal kepada Abdullah untuk memenuhi permintaan tersebut kerana sebarang halangan adalah dianggap kepada sabotaj kepada proses demokrasi

Sidang Media Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Dato Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Tropicana pada hari ini 18 Sep 2008 pada jam 2 petang. Beliau dijangka akan mengumumkan pelan seterusnya berkaitan dengan pengambil alihan kerajaan oleh Pakatan Rakyat.Sidang hari ini dijangka lebih menarik dimana perincian mengenai pengambilahan kerajaan akan dihebahkan
Sementara itu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka akan bermesyuarat kira-kira jam 3 petang ini di PWTC.

Dari Malaysiakini : Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".
Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Sementara itu, Bernama memetik perdana menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, sebagai berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
AMK Pahang berpendapat sekali lagi PM Abdullah menunjukkan sikap "Flip-Flop" beliau di mana pada 16hb-Sep-2008 ketika ditanya oleh wartawan tentang surat yang dihantar oleh Pakatan Rakyat yang kandungannya antara lain menggesa kerajaan supaya tidak menggunakan ISA keatas Ahli Parlimen, Abdullah dengan tegasnya mengatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan ISA keatas mana-mana ahli politik. Tetapi pada sidang akhbar semalam, seolah-olah beliau sudah memberi gambaran bahawa ISA akan dikenakan keatas DSAI.
Justeru itu AMK Pahang menyeru seluruh lapisan masyarakat supaya menyatakan menyatakan pendirian kita menentang penggunaan ISA untuk kepentingan politik Abdullah.

Sep 11, 2008

Misi 16 September.....dipetik dari blog Ketua AMK Malaysia

Ketika memikirkan tajuk entri blog hari ini, teman-teman telah mencadangkan supaya saya mengambil contoh di dalam filem Nujum Pak Belalang. Di dalam filem ini, ketika berlakunya pertandingan di mananegara menjadi taruhan di antara nujum pak belalang dengan nujum dari negara Masai, rakyat telah menunggu keputusan di luar istana. Pertandingan tersebut pada awalnya dimenangi oleh nujum pak belalang di mana di luar istana, rakyat bersorak kegembiraan sambil berteriak menang 1 - 0.

Hari ini di Mahkamah, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang lagi. Puan Hakim telah memberikan kebenaran untuk kes ini ditangguhkan ke 24 September 2008 walaupun terdapat bantahan daripada Dato Yusof Zainal Abidin, Ketua Unit Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara. Dato Yusof telah mengemukakan arahan terbaru pendakwaan yang ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail untuk kes ini dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Memandangkan arahan itu baru ditandatangani semalam dan diserahkan kepada peguambela hari ini, maka Puan Hakim S.M Komathy telah memberikan penangguhan supaya pihak pembelaan dapat menyediakan hujahan mereka. Saya kagum dengan Puan Hakim di mana sindiran beliau bahawa “I have been here for the past 26 years” menunjukkan satu signal bahawa beliau sendiri ingin mendengar kes ini.

Apapun, dengan perkembangan terbaru ini, Insya Allah jalan ke Putrajaya itu nampak lebih meyakinkan. Di dalam filem Nujum Pak Belalang, ianya diakhiri dengan kemenangan 5 - 0. Setakat ini YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menang 3 kali. Kali pertama semasa kes ini disebut pada 7/8/2008 di mana terdapat usaha untuk menghalang beliau daripada diikat jamin. Kali kedua ialah pilihanraya kecil permatang pauh, kali ketiga, kes hari ini, mungkin kali keempat, “cross-over” ahli-ahli Parlimen BN dan kali kelima, insya Allah menjadi PM ke 6. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sep 4, 2008

Salam Ramadan dari AMK Pahang

AMK Pahang mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada semua Muslimin dan muslimat di mana juga anda berada. Semoga Ramadan ini memberikan keberkatan kepada anda sekeluarga, Amiiin....