May 25, 2009

Pertemuan AMK-Dewan Pemuda PAS(DPP) Temerloh

24hb Mei 2009 - Satu pertemuan telah dijalankan diantara AMK Temerloh dengan DPP Kawasan Temerloh bagi merancang aktiviti bersama diantara kedua-dua organisasi tersebut. AMK diwakili oleh Sdr. Jamil selaku ketua AMK Temerloh manakala DPP diwakili oleh Ketua Penerangannya Sdr. Maslan berserta dengan beberapa AJK bahagian/kawasan.
Satu kata sepakat telah dicapai dimana satu mesyuarat formal akan dijalankan dalam masa terdekat untuk mengadakan satu sesi suaikenal diantara kedua-dua sayap pemuda Pakatan Rakyat(PR) dan satu majlis makan malam bakal dijalankan dengan kerjasama pemuda Pakatan Rakyat.

May 22, 2009

Kontinjen AMK Pahang Berlepas ke Penanti

21hb mei 2009 - Kontinjen AMK Pahang yang diketuai oleh Sdr. Hatta (AMK Kuantan) dan Sdr. Arman (AMK Pekan) telah berlepas ke Penanti untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil disana malam tadi.Seramai 10 orang ahli AMK telah menyertai rombongan tersebut dan seramai 5 orang lagi akan berlepas pada malam ini.

Aktiviti AMK Pahang di Rompin

Pada sebelah malam 16hb Mei 2009 satu ceramah anjuran bersama AMK/PKR bahagian Rompin dengan dibantu PAS kawasan Rompin telah diadakan di Maskas PAS FELDA Keratong 8.Penceramah yang dijemput adalah PPN PKR Pahang Dato' Fauzi Abd. Rahman, Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dan Ust, Nasir, DPP PAS Kawasan Rompin.
Di dalam ucapannya Dato' Fauzi telah menyentuh mengenai kaedah pentadbiran BN dinegeri Pahang yang tidak cekap menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan negeri, manakala Sdr. Shamsul Iskandar pula telah menghuraikan kemelut politik di Perak dengan panjang lebar.
Pada pagi 17hb Mei Mesyuarat bulanan AMK Pahang telah diadakan di FELDA Keratong 3 dimana Sdr Shamsul telah memberi taklimat mengenai pindaan perlembagaan PKR pada Kongres khas yang bakal diadakan pada bulan Jun yang akan datang.
Pada kira-kira pukul 11.30am, Sdr Shamsul telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan karom anjuran AMK bahagian Rompin

May 14, 2009

Aktiviti AMK Pada Minggu ini (16/17 Mei 2009)

Untuk makluman kepada semua ahli AMK Pahang & Pejuang semua,disertakan aktiviti AMK Pahang pada hujung minggu ini :

1. 16hb Mei 2009 11am- Mesyuarat bersama Pemuda Pakatan diantara AMK Kuantan/Indera
Mahkota dan DPP PAS kawasan Indera Mahkota/Kuantan

2. 16hb Mei 2009 5pm - Pertemuan diantara AMK Rompin dengan Ketua AMK Pahang, Sdr.
Rizal Jamin

3. 16hb Mei 2009 9pm - Ceramah Umum anjuran AMK Rompin/ PKR Bahagian Rompin.
Penceramah jemputan adalah Dato' Fauzi Abdul Rahman (PPN PKR Negeri Pahang), Sdr.
Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK Pusat) dan penceramah jemputan dari PAS

4. 17hb Mei 2009 9.30am - Mesyuarat AMK Negeri Pahang di Bilik Gerakan PAS Rompin

5. 17hb Mei 2009 11am - Penyampaian hadiah pertandingan Carom anjuran AMK Rompin

Semua ahli AMK dijemput hadir