AMK bahagian Bera telah melakukan satu laporan polis terhadap TPM Najib Tun Razak pada 8 Mac 2009 di IPD Bera. Laporan polis tersebut dibuat susulan sebuah artikel yang bertajuk "The Altantuya Sahaaribuu's case : How And Why She Was Killed?" Artikel tersebut ditulis oleh wartawan Perancis yang bernama Arnaus Dubus.
AMK menggesa pihak polis dapat melakukan penyiasatan secara menyeluruh terhadap komisen pembelian kapal selam berjumlah 114 juta Euro dan pembunuhan Altantuya seperti yang dilapor oleh akbar tersebut.
Mar 14, 2009
AMK Bera Membuat Laporan Polis
Notis Mesyuarat AMK
10hb. Mac 2009
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang,
Timbalan Ketua Angkatan Muda Negeri Pahang,
Ahli-ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
NOTIS MESYUARAT BULANAN AMK NEGERI PAHANG
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Bulanan Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang bagi bulan Mac 2009 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 14hb. Mac 2008
Tempat : Pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
Masa : 11.00 – 3.30 petang
3. Agenda Mesyuarat :
i. Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Ketua AMK Negeri Pahang
iii. Pembentangan Akaun oleh Bendahari AMK Negeri Pahang
iv. Persediaan AMK Negeri Pahang Menghadapi PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Ai
v. Aktiviti AMK Negeri Pahang
vi. Dialog Bersama Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman
Kehadiran saudara amat dialu-alukan dalam menjadikan AMK Negeri Pahang sebagai barisan hadapan perubahan yang disegani dan dihormati.
Sekian.
Yang Benar,
Shamsul Kamal bin Omar
Setiausaha,
Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang
s.k. Ketua AMK Negeri Pahang

Mar 11, 2009
Pertemuan Anwar Dan Pak Lah Di Hulu Langat
10hb Mac 2009 - Berita yang sangat menarik dan mengejutkan. Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang menjadi tetamu kehormat semasa Majlis Maulidur Rasul dan Upacara Penutup Majlis Kerohanian di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat Selangor telah juga dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Pak Lah.Di dalam majlis itu kedua-dua pemimpin telah bersama-sama solat zohor berjemaah dan juga makan tengahari dan sempat bertukar-tukar fikiran tentang isu-isu semasa.
Pelbagai spekulasi telah timbul ekoran pertemuan ini dan DSAI telah mengatakan bahawa pertemuan tersebut adalah pertemuan biasa.Kenyataan beliau telah turut disokong oleh Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin.Walau apa pun, ini merupakan satu pertemuan bersejarah antara kedua-dua pemimpin negara ini.
Mar 10, 2009
AMK Pahang - Liputan Berita Oleh Sinar Harian Edisi Pahang
Berikut dipaparkan liputan aktiviti AMK Pahang yang telah mendapat ruang di akhbar Sinar Harian edisi Pahang.Sepertimana yang ditekankan bahawa untuk tahun 2009 sehinggalah ke PRU13, AMK Pahang akan menyokong usaha pihak pimpinan untuk menjalankan aktiviti yang boleh menarik sokongan dari warga peneroka FELDA yang mendiami bumi Pahang Darulmakmur.Aktiviti AMK Pahang 13-14hb Mar 2009
Berikut adalah pemberitahuan mengenai aktiviti AMK Negeri Pahang pada hujung minggu ini iaitu 13hb-14hb Mar 2009
1. 13hb Mar 2009 Jam 9 malam - Perjumpaan Ketua AMK Negeri dan AJK AMK negeri
bersama-sama ahli AMK Bahagian Paya Besar bertempat di FELDA Panching Selatan.
2. 14hb Mar 2009 Jam 11 pagi - Perjumpaan tertutup AJK Negeri dan Ketua AMK Bahagian
dengan Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN), Dato' Fauzi Abd. Rahman di Pejabat PKR
Negeri (baru)
3. 14hb Mar 2009 Jam 2 ptg - Mesyuarat Bulanan AMK Negeri Pahang di Pejabat PKR

Sekitar Mesyuarat Pemilihan AMK Bentong 8hb Mar 2009
8hb Mar 2009 - Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin telah menghadiri Mesyuarat pemilihan AMK bahagian bentong bagi penggal berakhir 2010.Mesyuarat ini telah diadakan berikutan dengan pengesahan ROS bagi PKR Bahagian Bentong yang diperolehi pada awal tahun yang lalu.Setiausaha PKR Bahagian Bentong, Cikgu Afendi yang mewakili Ketua PKR Bahagian Bentong iaitu Sdr. Osman yang tidak dapat hadir telah merasmikan mesyuarat tersebut.Buat julung kalinya, seorang wakil wanita iaitu Sdri Nurul telah terpilih untuk mengisi jawatan Naib Ketua AMK Bahagian Bentong dengan undi sebulat suara. Tahniah diucapkan.

Mar 2, 2009
Program Rapat Mesra dengan AMK Pahang Zon Tengah
28hb Feb 2009 (Sabtu) : AJK AMK Pahang yang diketuai oleh Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin telah bersama-sama AJK yang lain iaitu Timb Ketua AMK Sdr. Hatta,Setiausaha Sdr. Shamsul Kamar dan rakan-rakan yang lain telah menjalankankan program turun padang pada hari sabtu yang lepas.Tujuan utama program adalah untuk berkenalan dengan AJK AMK Bahagian dan cawangan dan seterusya mendapat taklimat dari bahagian berkenaan dengan perkembangan AMK bahagian masing-masing.

1. Program yang terlewat lebih 1 jam itu dimulakan di Felda Kota Gelanggi 2 dimana semua AJK telah bertemu dengan AMK Bahagian Jerantut (Cawangan Kota Gelanggi 2).Ketua Cawangan PKR Kota Gelanggi 2 Sdr. Rosli telah mempengerusikan majlis dan memberikan sedikit taklimat berkenaan perkembangan cawangan tersebut.Dipersetujui juga untuk AMK mengadakan aktiviti yang berbentuk kesukanan di Felda Kota Gelanggi dalam masa yang terdekat ini.Turut hadir adalah AJK AMK Jerantut Sdr. Naim,Sdr Wan dan Ketua AMK cawangan Kota Gelanggi iaitu Sdr. Roslan.
2. Program yang ke-dua untuk hari itu dilangsungkan di Felda Jengka 2 pada kira-kira pukul 6.30pm.Ketua PKR bahagian Maran, Sdr. Bostamim berserta dengan AJK AMK Bahagian Maran iaitu Sdr. Omar, KG, Seri,Johari dan lain-lain telah membincangkan untuk mengadakan satu sesi Berkelah di Lubuk Yu di Ulu Jempol Maran dalam masa terdekat. Program ini akan melibatkan semua ahli AMK di sekitar Pahang tengah termasuk Maran,Jerantut,Temerloh,Bera dan Kuala Krau.

3. Pada sebelah malamnya, AJK AMK Pahang telah menghadiri Mesyuarat bulanan AMK Kuala Krau yang dijalankan serentak dengan mesyuarat wanita bahagian.Majlis turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR Pahang iaitu Puan. Nancy.Mesyuarat telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti sukan secara bersama dimana acara yang dicadangkan adalah Perlawanan Bolasepak Sembilan sebelah di Felda Jenderak Utara.

Subscribe to:
Posts (Atom)