Kuala Lumpur 4 Feb – Oktober lepas, Kerajaan secara senyap telah menganugerahkan kepada 3 syarikat perjudian untuk membuat penambahan sebanyak 10 cabutan setahun di dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan kerajaan ditengah-tengah kelembapan ekonomi yang menyaksikan ribuan pekerja yang mungkin akan hilang peekerjaan mereka.
Tindakan itu diambil selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerajui Kementerian Kewangan selama sebulan dan ini tidak diberikan publisiti yang meluas kerana bimbang kepada dakwaan tidak Islamik dari parti PAS
Tindakan itu diambil selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerajui Kementerian Kewangan selama sebulan dan ini tidak diberikan publisiti yang meluas kerana bimbang kepada dakwaan tidak Islamik dari parti PAS
Syarikat perjudian yang terlibat adalah Magnum, Tanjong dan Berjaya Sports Toto, dan anugerah tersebut akan meningkatkan jualan syarikat mereka.Menurut penganalisa, Setiap cabutan akan menambahkan kira-kira RM16-21 juta kepada jumlah keseluruhan jualanKerajaan akan mendapat faedah dari cukai yang dikenakan bagi setiap cabutan yang dianggarkan kira-kira 10% dari jualan keseluruhan.
Para penganalisa menganggarkan, kerajaan akan mendapat kira-kira RM130 juta pendapatan tambahan dari cabutan tambahan tersebut – ini memberikan keadaan selesa kepada kerajaan yang pada ketika ini menghadapi penurunan pendapatan kesan kejatuhan harga komoditi petroleum dan kelapa sawit. Eksekutif dari syarikat perjudian menjangkakan bahawa kerajaan akan membenarkan lebih banyak lagi cabutan tambahan di dalam usaha untuk menambah hasil kerajaan.
Penganugerahan itu dan kaedah dimana ia dilaksanakan – “Secara Sulit dan Senyap “ dan kesan politiknya mengambarkan betapa serius keadaan ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan.Semenjak Oktober lepas, kerajaan telah menegaskan kepada rakyat bahawaMalaysia akan berjaya menghadapi kemelesetan ekonomi global dan masih mengunjurkan pertumbuhan ekonomi positif dengan KDNK meningkat sebanyak 3.5% untuk tahun 2009.
Tidak lagi kini. Najib dijangka akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kira-kira RM7-10 billion bulan ini, yang kedua selepas pengumuman pakej yang pertama sebanyak RM7billion November lepas
Malaysia kini tersepit diantara jumlah eksport yang merudum dan iklim pelaburan yang lembab.Bagi mengelakkan risiko pembuangan kerja yang serius dan mengakibatkan sentimen pengguna yang lemah,Najib memberikan penumpuan kepada perbelanjaan umum untuk mengekalkan permintaan, yang dilihat sebagai pemacu kepada ekonomi negara untuk sembilan tahun yang lepas
Akan tetapi, risikonya adalah penambahan defisit bajet, perkara yang disebut oleh Agensi penarafan Fitch pada Isnin lepas apabila ia menurunkan taraf ringgit berdasarkan kebimbangan tersebut.Agensi itu menjangkakan defisit akan melonjak kepada 7.4% pada tahun 2010 – menjelaskan kenapa Najib akan terdesak untuk mengekalkan perolehan negara – Business Times Singapore
Dipetik dari The Malaysian Insider
1 comment:
Pemilik Magnum Corp adalah sahabat baik Sdr Anwar Ibrahim..Tp skrg kemesraan mereka berdua hanya tinggal kenangan abadi..
Post a Comment