Jan 25, 2010

Kenyataan Media AMK Pahang berhubung Perletakan Jawatan YB Azan Ismail

25 Januari 2010 – Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Pahang menghormati dan menerima baik perletakan jawatan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri II YB Azan Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota.


AMK berpandangan bahawa keputusan beliau tersebut didorong oleh keazaman beliau untuk menumpukan perhatian yang lebih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakili oleh beliau iaitu Indera Mahkota.


AMK juga berpendapat bahawa, kepimpinan KeADILan Pahang sekarang yang diterajui oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman akan dapat mencari pengganti kepada YB Azan dalam masa yang terdekat sekiranya beliau kekal dengan keputusan untuk meletak jawatan.KeADILan Pahang mempunyai ramai pimpinan yang kanan dan berpengalaman seperti Sdr. Zakaria Abdul Hamid (Mantan Pengerusi Perhubungan Negeri), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tuan Hj. Abbas Hj Awang (Bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan) dan juga tokoh-tokoh yang lain yang berupaya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YB Azan.


Apa yang pasti, AMK Pahang akan memberi sokongan padu kepada pimpinan Negeri terhadap sebarang keputusan yang dibuat berhubung dengan jawatan Timbalan Pengerusi II Perhubungan Negeri di dalam usaha untuk KeADILan dan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Pahang pada PRU-13 dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan adil kepada Rakyat Negeri Pahang.


Sekian Terima Kasih

Rizal bin Jamin

Ketua AMK Pahang

Rizal_jamin1972@yahoo.com

013-9310950

1 comment:

suara kuantan said...

Bagus lah jika ingin memberi tumpuan pada Indera Mahkota.. Sebab Azan Ismail tidak menampakkan langsung beliau melakukan kerja.. Majoriti pengundi tidak mengenali Azan Ismail..