Dec 23, 2008

Perasmian Cawangan PKR Kg. Raja Cameron Highland

20hb Dis 2008 - YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu telah merasmikan bangunan pejabat PKR cawangan Kg. Raja Cameron Highland.Beliau yang tiba kira-kira jam 6.30 petang telah disambut oleh ADUN Simpang Pulai, YB Chang Ming Kai, Ketua AMK Pahang Rizal Jamin, EXCO AMK Pusat, Tan Wei Wun, Ketua AMK Cameron Highland Sdr. Ng dan barisan AJK PKR Cameron Highland dan Kg. Raja.

Pada sebelah malamnya, YB Tian Chua beserta dengan pimpinan PKR telah mengadakan majlis forum Pakatan Rakyat di
perkarangan pejabat PKR Kg. Raja






















Dec 15, 2008

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah AMK Lipis











AMK Bahagian Lipis telah berjaya menganjurkan kejohanan bolasepak 9 sebelah bertempat di RPS Kg. Peruang, Benta Pahang Darulmakmur pada 14hb Dis 2008.Majlis yang dirasmikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berlangsung pada jam kira-kira 9.00 pagi.Turut sama mengiringi Sdr. Shamsul adalah Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin, Timbalan Ketua Bahagian Lipis, Sdr. Idris, Setiausaha Bahagian Lipis, Sdr. Sabri Ismail dan juga Ketua Penerangan PKR Bhg Lipis Sdr. Ali Bakti

Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian termasuk pasukan jemputan dari AMK Raub Cawangan Kg. Semantan.Pasukan Kg. Budu B yang diketuai oleh Sdr. Ahdan Sharif telah berjaya menjadi johan setelah mengalahkan Pasukan Kg. Semantan melalui sepakan Penalti Kalah Keluar(Kg Budu B 3 : Kg. Semantan 2) apabila kedudukan selepas tamat masa tambahan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.



Ketua AMK Pusat Di Sungai Koyan Parlimen Cameron Highlands

13hb Dis 2008 - Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat telah menghadiri majlis Hari Raya AidilAdha dan Ceramah Umum di dataran Felda Sg. Koyan 1, Kuala Lipis bersama sama dengan Penasihat PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Bendahari Dewan Pemuda Pas Pahang, Ustaza Junaidi.


Di dalam ucapannya Sdr. Shamsul Iskandar telah menegaskan bahawa Penduduk FELDA secara amnya sedang dihimpit dengan kemelut kemerosotan harga komoditi Sawit dan getah pada masa ini dan akan memberi kesan langsung tehadap kos sara hidup masyarakat FELDA terutamanya golongan yang berumur sekitar 30 ke 40 tahun.






Dec 12, 2008

Program AMK Pahang pada 13 & 14 Dis 2008

1. 13hb Disember 2008 - Ceramah Umum sempena Hari Raya Korban di Felda Sg. Koyan 1, Kuala Lipis anjuran PR Bahagian Cameron Highland. Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar akan hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain seperti Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Junaidi Ishak Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
2. 14hb Disember 2008 - Sdr. Shamsul Iskandar akan merasmikan kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Anjuran AMK Bahagian Lipis dengan kerjasama PKR Bahagian Lipis dan PR Bahagian Lipis.Sebanyak 12 pasukan dijangka mengambil bahagian di dalam kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah RM250 untuk johan RM100 untuk Naib Johan dan RM50 untuk tempat ketiga. Sdr. Shamsul juga akan bersarapan pagi dengan pemain-pemain pada kira-kira jam 9.00 pagi di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kg. Peruang, Benta.

Dec 2, 2008

Sekitar Kongres AMK 2008

Kongres AMK kali ke 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb Nov 2008 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam Selangor. Program Perasmian Kongres AMK dan Wanita yang bermula jam 9.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR iaitu Dr. Syed Husin.Walaupun terdapat sedikit kelewatan di dalam proses pendaftaran, secara keseluruhannya kongres pada kali ini berjalan dengan baik dengan disertai oleh lebih dari 900 perwakilan dan pemerhati