Jul 4, 2009

Kem Kepimpinan Rakyat AMK

04 Julai 2009 - AMK Pusat telah menganjurkan satu kem kepimpinan rakyat untuk kepimpinan AMK peringkat cabang di Hotel Carlton, Shah Alam Selangor.Kem selama 2 hari itu bertujuan untuk melengkapkan kepimpinan AMK peringkat cabang dengan asas-asas kepimpinan parti di peringkat akar umbi.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau telah menyentuh tentang tujuan kem ini diadakan iaitu untuk merangka pelan bertindak bagi AMK dalam jangka masa terdekat.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung PKR, iaitu Dato' Salehuddin yang juga turut menyentuh tentang kepentingan kekuatan organisasi dalam merangka dan melaksanakan aktiviti parti.AMK Pahang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan ke kem tersebut.

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut hadir di majlis tersebut pada hari Ahad, 5 Jul 2009 9 pagi untuk menyampaikan amanat beliau

Jun 29, 2009

Projek Kebun Limau Nipis AMK Pahang

26 Jun 2009 - AMK Pahang mengorak selangkah lagi dengan melibatkan diri di dalam projek berunsurkan ekonomi yang boleh menjana pendapatan untuk ahli AMK dan juga untuk membiayai aktiviti Parti.Untuk tujuan tersebut AMK Bentong di bawah Sdr. Nizam Aqbar telah melancarkan satu projek penanaman limau nipis secara organik di atas sebidang tanah seluas 2 ekar. Hasilnya dijangka akan dapat dituai kira-kira 6 bulan dari tarikh penanaman.



Jun 9, 2009

Sekitar Forum Cabaran Kaum India Di Pahang Anjuran AMK Pahang

Mentakab, 7hb Jun 2009 - Forum yang dianjurakan oleh AMK Pahang telah berjaya menarik lebih dari 150 orang peserta untuk turut sama mendengar dan berkongsi pendapat mengenai cabaran yang dihadapi oleh kaum India di Pahang.Forum telah disertai oleh YB Minikavasagam, Dato' Sivasubramaniam dari SUHAKAM dan En. Rajoo dari Persatuan Pengguna Selangor.

Isu-isu penting yang dibangkitkan adalah mengenai Masalah penduduk India yang tidak mempunyai surat beranak, Isu Kuil tanpa hamilik tanah dan juga masalah butahuruf dikalangan masyarakat India disekitar 30%.






Jun 5, 2009

Forum : Cabaran Masyarakat India di Pahang

AMK Pahang akan menganjurkan satu forum yang bertajuk "Cabaran Masyarakat India di Pahang" pada hari Ahad ini di Temerloh :


Tarikh : 7- Jun-2009 bermula jam 3pm
Tempat : Bangunan Purusotham Hall, Mentakab
Panel : 1) YB Micnikavasagam ~ Ahli Parlimen Kapar
2) YB Gobind Singh Deo ~ Ahli Parlimen Puchong
3) Dato' N. Sivasubramaniam ~ AJK Suhakam
4) R. Surendran~ Peguam & Aktivis
5) En. Rajoo ~ Aktivis Pengguna Selangor


Semua lapisan masyarakat dijemput hadir terutamanya dari kaum India

Jun 4, 2009

AMK Pahang di PRK Penanti

31hb Mei 2009 - Walaupun tiada tentangan dari BN/UMNO jentera AMK Pahang tetap kental berkempen untuk membantu kejayaan calon PKR, Dr. Mansor yang menang dengan majoriti hampir 6,000 undi.
























May 25, 2009

Pertemuan AMK-Dewan Pemuda PAS(DPP) Temerloh

24hb Mei 2009 - Satu pertemuan telah dijalankan diantara AMK Temerloh dengan DPP Kawasan Temerloh bagi merancang aktiviti bersama diantara kedua-dua organisasi tersebut. AMK diwakili oleh Sdr. Jamil selaku ketua AMK Temerloh manakala DPP diwakili oleh Ketua Penerangannya Sdr. Maslan berserta dengan beberapa AJK bahagian/kawasan.
Satu kata sepakat telah dicapai dimana satu mesyuarat formal akan dijalankan dalam masa terdekat untuk mengadakan satu sesi suaikenal diantara kedua-dua sayap pemuda Pakatan Rakyat(PR) dan satu majlis makan malam bakal dijalankan dengan kerjasama pemuda Pakatan Rakyat.

May 22, 2009

Kontinjen AMK Pahang Berlepas ke Penanti

21hb mei 2009 - Kontinjen AMK Pahang yang diketuai oleh Sdr. Hatta (AMK Kuantan) dan Sdr. Arman (AMK Pekan) telah berlepas ke Penanti untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil disana malam tadi.Seramai 10 orang ahli AMK telah menyertai rombongan tersebut dan seramai 5 orang lagi akan berlepas pada malam ini.