Apr 28, 2009

Bentong : Penubuhan Cawangan Bilut & Pelangai & Perlawanan Persahabatan Sepaktakraw

25hb & 26hb April 2009 - Ketua PKR Bahagian Bentong Sdr. Osman berserta dengan AJK telah merasmikan penubuhan cawangan PKR di Bilut dan juga Simpang Pelangai. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin, Ketua AMK Bentong Sdr. Nizam, Setiausaha PKR Bahagian Cikgu Fendi, Ketua Wanita Kak Dasimah serta AJK bahagian dan AJK AMK. Selepas bermesyuarat di Simpang Pelangai, satu perlawanan persahabatan sepaktakraw telah diadakan diantara AMK Bilut dan Belia Kampung Batu Gajah,Pelangai. Perlawanan berkesudahan dengan Pasukan Kg. Batu Gajah telah menewaskan AMK Bilut dengan 3-0.Sumbangan sebanyak RM50 telah disampaikan kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Apr 13, 2009

PRK Bukit Gantang : Malam Meraikan Kemenangan

7hb April 2009 - YB Nizar telah diumumkan sebagai pemenang kepada PRK Bukit Gantang dengan majoriti hampir 3,000 undi.AMK Pahang telah mengambil kesempatan untuk menjamu selera di Changkat Jering merasai keenakan Mi Udang Perak.Seramai kira-kira 25 orang petugas dari AMK Pahang telah menghadiri majlis tersebut.












PRK Bukit Gantang : Sekitar Hari Mengundi




7hb April 2009 - AMK Pahang telah ditugaskan untuk melakukan Rayuan Undi di daerah mengundi Ayer Putih dan juga Taman Kaya.Kedua-dua daerah tersebut telah mencatatkan kemengangan besar kepada PR dengan majoriti melebihi 300 undi.Apayang yang lebih memberangsangkan, saluran pengundi tua juga telah memihak kepada PR.
Semasa sedang berkempen, sebuah kereta milik AMK Perak telah melalui jalan menghala ketempat pembuangan undi dengan membawa Keranda yang memaparkan foto Altantuya, Najib dan Rosmah mansor. Ia telah menarik perhatian para pemerhati. Malangnya, kereta tersebut telah ditahan oleh pihak polis di kawasan Trong.






















PRK Bukit Gantang : Makan Malam Anjuran AMK Perak

6hb April 2009 - AMK Perak telah menganjurkan majlis makan malam untuk meraikan petugas-petugas AMK yang turut dihadiri oleh AMK Pahang.Ia dijalankan sebelum hari pembuangan undi sebagai mengenang sumbangan seluruh ahli AMK semasa proses berkempen.Sekitar 70 orang ahli AMK menghadiri majlis tersebut.

















Sekitar Kempen PRK Bukit Selambau : BN bertindak Ala Gangster

5hb April 2009 : Ketua AMK Pahang,Timbalan Ketua AMK dan Penolong Setiausaha Sdr. Zainuddin telah melawat Bukit Selambau untuk meninjau aktiviti kempen di sana.Kempen agak tegang di sana dimana petugas-petugas PKR sentiasa di ugut oleh samseng-samseng yang mungkin diupah oleh pihak lawan. Sdr. Saravanan, EXCO AMK Malaysia yang juga Naib Ketua AMK Pahang telah ditolak oleh beberapa orang petugas BN/MIC yang telah merempuh masuk bilik gerakan PKR di Padang Lalang.