Jun 30, 2008

Tuduhan Liwat : Satu Lagi Strategi Terdesak BN

Seluruh negara dikejutkan lagi dengan tuduhan liwat terhadap Ketua umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pada Sabtu 29-Jun-2008.Kali ini ia melibatkan seorang pekerja sukarela di pejabat DSAI semasa Pilihanraya Umum yang lepas iaitu Saiful Bukhari.Modus operandi tuduhan ini adalah serupa dengan kes yang berlaku pada tahun 1998. Oleh itu umum berpendapat, ini adalah merupakan tindakan terdesak BN di dalam menghalang kemaraan Pakatan Rakyat(PR) dalam menawan Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Beberapa Sidang media telah diadakan oleh pimpinan PKR untuk menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pada sidang media pertama yang di adakan oleh Naib Presiden PKR sekitar pukul 2 a.m 30-Jun-2008, YB Sivarasa beliau menyatakan bagi pihak DSAI bahawa tuduhan terbaru yang dibuat melalui laporan polis Saiful Bukhari adalah satu konspirasi seperti tahun 1998 untuk membunuh karier politik beliau.



Pada pukul 1.30pm, 30-Jun-2008, Presiden Parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah mengadakan satu lagi sidang media dengan mendedahkan terdapat satu konspirasi diantara pemimpin kerajaan BN dengan Pejabat Peguam Negara dan Pihak Polis yang mendorong tuduhan terbaru ini. Beliau juga telah mendedahkan beberapa foto yang diambil oleh Saiful Bukhari dengan beberapa orang menteri dan juga Pegawai Timbalan Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri.



Pada sebelah petangnya YB Tian Chua telah mengadakan taklimat ringkas dilobi Hotel Qualiti Shah Alam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pimpinan PKR dan juga penyokong PKR terhadap DSAI dan keluarga.


Pada kira-kira pukul 5.30pm, penyokong-penyokong PKR yang diketuai oleh Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar yang ditemani oleh YB Fairuz TKM1 Pulau Pinang dan beberapa pimpinan AMK telah menmbuat beberapa penjelasan mengutuk tuduhan terbaru yang dibuat oleh Saiful terhadap DSAI. Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berkenaan konspirasi AG-IGP-BN di dalam kes ini




Jun 26, 2008

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi (LRT PUTRA TURUN DI TAMAN JAYA).
Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.
Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Lawati http://www.geramm.org/v1/?p=137 untuk maklumat lanjut

Jun 25, 2008

AMK Pahang membantu Projek Kemasyarakatan

AMK Pahang bahagian K.Lipis telah berjaya membantu PKR Bahagian di dalam menjayakan majlis pecah tanah bagi tujuan membina rumah seorang ahli PKR yang juga merupakan AJK AMK bahagian K.Lipis iaitu Puan Zaiton. AMK telah memainkan peranan dari segi perancangan projek seperti penempahan jentera mengorek, penetapan tarikh majlis dan sebagainya.

Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dimana AMK diberikan tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar

Sdr. Azwan, Timbalan AMK K.Lipis sedang
mengendalikan Jentera Mengorek (foto)

Jun 24, 2008

Kalendar Aktiviti AMK Pahang

Beberapa aktiviti AMK Pahang yang telah dijadualkan :

1. 28-Jun-2008 : Majlis Ketua AMK Pahang bersama-sama AMK Pelangai, Bentong
2. 28-Jun-2008 : Majlis Perasmian Cawangan Kg. Pasu, Kuala Krau Oleh Bob Manolan
Ketua AMK Bera
3.28-Jun-2008 : Majlis Makan Malam BBQ Ketua AMK Pahang bersama AMK Temerloh


Aktiviti-aktiviti yang tersebut bertujuan untuk mendekatkan AMK Pahang dengan penyokong dan rakyat di peringkat akar umbi

Aktiviti AMK Kuala Krau

AMK Kuala Krau dibawah pimpinan Sdr. Hafez Harun sedang merancang untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan budaya bersama-sama penduduk Orang Asli di Kampung Pian, Kuala Krau.

Aktiviti yang dicadangkan adalah Majlis Makan Buah-Buahan & Malam Kebudayaan Orang Asli yang dijangka akan diadakan pada awal bulan Ogos 2008 .Pimpinan AMK pusat dijangka akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Apa yang hendak diketengahkan oleh AMK Pahang adalah, AMK berupaya bukan hanya menganjurkan majlis yang berbentuk Politik seperti Ceramah, Demonstrasi dan sebagainya, tetapi AMK juga berupaya untuk menganjurkan acara-acara yang berbentuk Seni, Kemasyarakatan, Ekonomi dan lain-lain

Jun 18, 2008

Pelancaran GERAMM oleh Ketua AMK Pusat


Sdr. Shamsul Iskandar,Ketua AMK Malaysia telah hadir di Program Ceramah Umum anjuran AMK Pekan pada 14-Jun-2008. Pada sesi pidato beliau, Sdr. Shamsul telah menyentuh isu kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang telah membebankan rakyat malaysia.Menurutnya kenaikkan ini akan menyebabkan kadar inflasi negara akan melambung manakala jumlah rakyat miskin tegar akan bertambah secara drastik. Ini menunjukkan ketidak mampuan kerajaan BN yang di terajui oleh Pak Lah untuk mentadbir ekonomi negara.

Beliau juga menyentuh tentang kebobrokan kepimpinan negara yang diterajui oleh BN seperti skandal Pembunuhan Altantuya,Pembelian Kapal Selam dan Jet Sukhoy dari Russia.Akhirnya beliau menyeru semua rakyat Pekan dan Pahang untuk menolak Kerajaan BN di masa akan datang.

AMK Pahang Ke Perbatasan baru

Sejajar dengan perubahan politik di peringkat nasional dan Tempatan, AMK Pahang di dalam proses merangka dan melaksana beberapa aktiviti yang berkaitan dengan komuniti setempat dari segala segi, baik Politik,Kemasyarakatan, Ekonomi dsb.

Salah satu projek Politik di mana AMK Pahang menjadi pemain utama adalah projek membina Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat (PR) di DUN Benta, Kuala Lipis Pahang.Projek yang telah dimulakan pada bulan Mei-2008 akan berterusan sehingga bulan Ogos-2008 di mana bangunan tersebut djangka siap.
Setakat 11-Jun-2008, projek ini telah siap sebanyak 30%. Pusat ini dijangka akan menjadi tumpuan aktiviti PR di DUN Benta setelah siap pembinaannya .


Jun 12, 2008

Perlancaran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM] @ Gelombang Merah

Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya. Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersesama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Ikatan Kebajikan Rakyat [IKRAR], Anwar Ibrahim Club [Anwar Ibrahim Club], Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM].

GERAMM yang mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblingan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara akan dilancarkan oleh saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia di pejabat Y.Bhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim di alamat seperti berikut :

Tarikh : 12 Jun 2008
Masa : 11 - 12 tengahari
Alamat: No. 17 Jalan 16/2, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web gelombang merah : www.geramm.org

Protes Kenaikan Minyak

KUALA LUMPUR, 10 Jun (SK) - Selaras dengan komitmen Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Pemuda Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh AMK, Dewan Pemuda Pas Pusat dan Pemuda DAP akan menggerakkan protes rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak di Malaysia.

Maklumat perhimpunan adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 Jun 2008.
Tempat: Masjid Kampung Baru ke Suria KLCC
Masa: 2.30 ptg

Menurut Exco AMK, Hasmuzair Hassan, semua ahli Pemuda Pakatan Rakyat serta seluruh warga negara Malaysia dijemput hadir untuk turut sama menzahirkan ketidakpuasan hati diatas tindakan kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini.

Jun 11, 2008

Merakyatkan Ekonomi Pahang

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Ahmad Tajuddin, Ketua UMNO bahagian Paya besar yang juga bekas Setiausaha UMNO Negeri Pahang mengenai Penjualan Tanah milik UMNO negeri seluas kira-kira 30,000 ekar amat mengejutkan pelbagai lapisan rakyat negeri Pahang.Persoalannya bukan sahaja penjualan tanah tersebut, bahkan hasil tetap dari penanaman komoditi Kelapa Sawit yang mana harganya melambung di pasaran antarabangsa sekarang turut lenyap.
AMK Pahang menganggarkan, hasil bersih pengeluaran kelapa sawit selepas ditolak kos pentadbiran ladang dan pengangkutan adalah di sekitar RM400 se-ekar sebulan. Oleh itu, pada keluasan 30,000 ekar, hasil keseluruhan ladang akan mencecah sekitar RM12,000,000 sebulan.Ini bermakna, di dalam satu tahun (12 bulan), hasil bersih adalah dianggarkan pada RM144,000,000 setahun.Ini merupakan suatu angka yang tinggi dan boleh memberi manafaat yang besar kepada rakyat jelata di negeri pahang.
Sekiranya wang sebesar ini iaitu RM144,000,000 di salurkan kepada rakyat jelata, sebagai contoh :-
1. Biasiswa untuk pelajar miskin - Sekiranya kerajaan Pahang menggunakan hasil dari sumber di atas kepada pelajar-pelajar dari keluarga miskin di pahang sebanyak RM500 setahun,kira-kira seramai 288,000 pelajar akan dapat manafaat dari skim ini.AMK berpendapat dengan jumlah pelajar seramai ini, boleh dikatakan semua pelajar miskin di Negeri Pahang akan mendapat bantuan biasiswa untuk mereka membeli barang-barang keperluan
pendidikan sekaligus akan meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Pahang.
2. Skim Pinjaman Mikro Kredit - Di dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup pengusaha-pengusaha kecil seperti penternakan Ikan, Lembu dsb, skim pinjaman mikro kredit untuk membantu pengusaha-pengusaha pertanian di negeri Pahang meningkatkan produktiviti mereka sekaligus meningkatkan pendapatan mereka boleh di berikan kepada yang layak.Sekali lagi, berdasarkan jumlah bersih hasil ladang sebanyak RM144 juta, ramai pengusaha-pengusaha yang akan dapat manfaat. Sekiranya jumlah pinjaman mikro sebanyak RM5,000 diberikan kepada pengusaha yang layak, sekitar 28,000 pengusaha-pengusaha di negeri Pahang akan dapat menikmati manfaat dari skim ini
Ini adalah sekadar contoh bagaimana kerajaan negeri sepatutnya menggunakan sumber tanah yang amat luas di negeri Pahang ini supaya manfaatnya dapat di rasai oleh rakyat jelata di negeri Pahang yang berjumlah seramai kira-kira 1.4 juta orang.
Akan tetapi, keputusan yang dibuat oleh Pengerusi perhubungan UMNO negeri Pahang yang juga Menteri Besar Negeri Pahang adalah MENJUAL atau MENUKAR HAK MILIK tanah-tanah tersebut, AMK berpendapat ia adalah disebabkan samada pentadbiran yang sedia adalah tidak berkemampuan untuk mentadbir ATAU terdapat urusan-urusan di bawah meja telah berlaku.
Kepada rakyat Pahang dan juga Pengundi-pengundi di Pahang, fikir-fikirkan lah
Rizal
Ketua AMK Pahang

Ceramah Umum AMK Pahang

Lokasi : Kampung Ketapang Hilir Pekan
Tarikh : 14-Jun-2008 (Sabtu) bermula jam 9 malam
Penceramah :

1. Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK Malaysia)
2. YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor)
3. Khairul Annuar @ Jonnah ( Ketua AMK Selangor & Calon PKR Parlimen Pekan)


Semua warga Pekan & Pahang dijemput hadir bagi mendengar perkembangan terkini politik negara.

Jun 10, 2008

MB Selangor Lawat PKR Pahang


MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat lawatan tidak rasmi ke ibu pejabat PKR negeri Pahang di Jalan Beserah Kuantan semalam, 09-Jun-2008.Beliau dan rombongan yang tiba kira-kira pukul 1 tengahari meluangkan masa kira-kira 2 jam bersama-sama ahli PKR negeri pahang dan NGO yang berkaitan dengan alam sekitar.


Sementara menunggu ketibaan beliau dan rombongan, NGO yang berkaitan dengan alam sekitar telah memberikan satu taklimat ringkas berkenaan dengan projek Empangan Lembah Klau di Bentong Pahang yang dikatakan tidak menjalani proses Penilaian Impak Alam sekitar (EIA) yang telus.


Sejurus selepas ketibaan beliau, Tan Sri Khalid mengadakan perjumpaan tertutup bersama AJK PKR Negeri disusuli dengan persidangan akhbar.Majlis kemudian disusuli dengan Jamuan Makan Tengahari sebelum Tan Sri Khalid dan rombongan beliau meneruskan ke Terengganu

Jun 6, 2008

Ezam- Kepulangan Anak Yang Terbuang


“Kemasukan Ezam Mohd Nor kepangkuan UMNO menjadi topik yang hangat di dada akhbar tempatan. Namun begitu, ia mendapat sambutan yang dingin dikalangan ahli-ahli UMNO malah mereka begitu mencurigai akan kepulangannya”

Beberapa hari yang lalu, Ezam Mohd Nor pasti merasakan dirinya sebagai seorang bintang rock.Media memberikan liputan yang meluas terhadapnya. Gambarnya terpampang hamper diseluruh akhbar utama, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi menerima borang kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.
Kemasukan Ezam kembali kedalam UMNO bolehlah diumpamakan sebagai pulangnya anak yang terbuang, dan sebagaimana kisah anak yang terbuang, bukan semua orang bergembira dengan liputan yang diberikan kepada Ezam.Malah, seorang ahli politik UMNO dari kedah secara berterus terang mengatakan :”Tak Ada seorang pun yang saya temui gembira dengan perkara ini”

Walaupun kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO masih belum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi UMNO, ia telah menjadi satu tajuk yang paling panas di dalam UMNO sendiri. Pelbagai reaksi ditunjukkan daripada perasaan tidak percaya kepada Ezam hinggalah kepada menentang secara terang-terangan
“Secara jujurnya, saya masih sukar menerima perkara ini. Walaupun kita menerima keputusan pucuk pimpinan akan tetapi kami akan menhadapi kesukaran untuk memberi penerangan kepada ahli akar umbi,” kata Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO.
Rata-rata ahli UMNO tidak dapat melupakan perbuatan Ezam yang lantang menentang UMNO – semasa dia menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam telah mengikut jejak langkah Anwar keluar daripada UMNO pada tahun 1998 dan telah memainkan peranan utama di dalam gerakan reformasi. Beliau juga telah mendedahkan berita sensasi tentang ujudnya berkotak-kotak bukti tentang penyelewengan bekas menteri kanan Datuk Sei Rafidah Aziz.

Sejurus sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah minggu lepas,Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah memberitahu teman rapatnya bahawa beliau “ Masih rasa terbuku dihatinya tentang tuduhan-tuduhan yang telah Ezam buat terhadap Pemuda UMNO”

Usaha untuk membawa Ezam balik kepangkuan UMNO telah dibuat sejurus selepas PRU12 yang lalu.Statistik kajian menunjukkan UMNO telah bukan sahaja gagal untuk memenangi undi dari pengundi muda melayu bahkan mereka bersedia untuk memberi undi kepada DAP.
Sesuatu yang drastic perlu dilakukan oleh UMNO dan sekutu rapat Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO memerlukan personality lelaki yang agak kontroversi dan berperawakan muda sama seperti Datuk Azalina Othman Said yang telah berjaya menarik wanita muda kepada UMNO melalui Puteri UMNO.

Ezam, yang menjulang namanya melalui gerakan anti rasuah dilihat sebagai seorang tokoh yang boleh mengisi tempat tersebut. Pada usia 41 tahun, beliau adalah seorang yang mempunyai karisma, berupaya untuk berpidato dan memahami politik UMNO dan parti lawan.
“Kita boleh melihat beliau sebagai seorang yang boleh menyaingi PKR dan pemimpinya kerana beliau tahu selok-belok mengenai kekuatan dan kelemahan parti tersebut” ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Sebenarnya, Anwar telah menghantar beberapa perutusan untuk mempengaruhi Ezam supaya menimbang semula keputusan beliau menyertai UMNO. Walaupun langkah yang diambil oleh Ezam tidak akan memberikan impak yang besar kepada PKR, tetapi disebabkan beliau mengetahui urusan dalaman PKR, ia berpotensi untuk memberi kesan buruk kepada parti tersebut.

Ezam juga telah membawa bersama-sama beliau beberapa bekas pemimpin parti PKR. Walaupun mereka bukanlah tokoh besar semasa di dalam PKR, tetapi sudah terdapat beberapa telahan dikalangan ahli UMNO bahawa ini merupakan isyarat kemasukan semual pemimpin-pemimpin utama PKR termasuk Anwar ke dalam UMNO.
Ketidakpercayaan kepada Ezam tidak boleh dipandang rendah kerana di dalam lubuk hati beliau mungkin masih bersama Anwar, sepertimana yang dikatakan oleh seorang ahli politik UMNO “ Termpat Jatuh lagi dikenang, apa pula tempat bermain”

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan sentiment ahli-ahli UMNO apabila beliau mempersoalkan samada Ezam mungkin bertindak sebagai “Trojan Horse” daripada PKR.

Apa yang paling sukar untuk ditelan oleh UMNO adalah bagaimana seorang yang telah menderhaka kepada parti tersebut diberi layanan sebagai seorang hero pada saat kembalinya kepangkuan UMNO?. Ini akan memberi mesej yang tidak baik kepada ahli parti yang mana mereka boleh meninggalkan parti tetapi boleh kembali dengan sambutan yang hangat.
“Kita tidak boleh terlalu emosi mengenai siapa yang datang dan siapa yang pergi di dalam part. Sepertimana yang dimaklumi, tiada yang kawan atau musuh yang kekal di dalam politik. Hanya yang kekal adalah iltizam kita. Jikalau dia bagus, dia akan mendapat tempat” Komen Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa lebih banyak reaksi negatif dari kalangan ahli UMNO berbanding yang positif .
Anak yang terbuang ini akan menempuhi jalan yang sukar dan berliku sekembalinya kepangkuan UMNO

Terjemahan dari kolum COMMENT tulisan Jocelyn Tan The Star, halaman N20 Rabu 4-Jun-2008

Jun 5, 2008

Kenaikan Harga Minyak: AMK Akan Gerakkan Protes Seluruh Negara

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana meneruskan ‘tradisi membebankan rakyat’ berikutan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuatkuasa semalam.
Ini juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.
Pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh kenyataan ‘Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini’, dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand yang bukan merupakan negara pengeluar minyak.
AMK yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara.
Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai.
Malah, baru-baru ini diumumkan kadar tambang bas pula akan dinaikkan. Justeru wujud kesangsian sama ada usaha-usaha kerajaan ini yang kononnya mahu membelanjakan penjimatan subsidi petrol dan diesel ini ke arah kesejahteraan rakyat adalah benar atau sebaliknya memandangkan Perdana Menteri begitu ghairah dengan projek-projek mega dan koridor ekonomi yang menelan belanja puluhan billion ringgit?
Tindakan terbaru kerajaan ini jelas menggambarkan tiada kepedulian sosial yang diambil oleh kerajaan di dalam mengurus ekonomi negara. Pastinya generasi muda ialah kumpulan sasar yang paling terkesan hasil daripada kenaikan mendadak ini dalam keadaan inflasi terus parah tanpa kawalan bijak oleh kerajaan.
Ini juga menggambarkan bahawa pengurusan ekonomi negara berada di tahap yang lemah, dalam keadaan pelaburan asing jatuh merudum pada aras 4% dan indeks Gross Domestic Product (GDP) hanya di aras 9% berbanding negara-negara Asia yang lain sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Singapura 20 Mei lepas.
AMK menggesa agar perincian menyeluruh Laporan Kewangan Tahunan Petronas, termasuk sumber keuntungan dan perbelanjaan didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan saksama.
AMK juga ingin menegaskan komitmen AMK untuk menggerakkan protes rakyat di seluruh negara hasil daripada kenaikan mendadak ini agar kerajaan dapat melihat ketidakcekapan mereka mengurus ekonomi negara sama sekali tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Jun 2, 2008

AMK Bahagian Bentong - Pembentukan Jawatankuasa Penaja AMK

AMK Negeri dengan bantuan Pemangku Setiausaha PKR bahagian Bentong telah mengadakan mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penaja AMK bahagian Bentong pada 01-Jun-2008 jam 5.30 petang.Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Sdr. Nizam sebagai Ketua AMK bahagian dan Sdr. Hairi sebagai Timbalan Ketua. Jawatan kuasa penaja akan bermesyuarat pada 6-Jun-2008 jam 9 malam di bangunan PKR bahagian di Karak untuk melantik AJK Induk bahagian
AMK Negeri - Mesyuarat Bulanan

Mesyuarat bulanan AJK AMK Negeri & Bahagian telah diadakan di Rumah Reformasi Jengka 4 pada 1-Jun-2008 bermula Jam 10.45 pagi.Perkara-perkara yang dibincangkan dan di persetujui adalah :-

1. Kempen Penambahan ahli - Setiap bahagian dikehendaki mendaftarkan sekurang-kurangnya 10 ahli seumur hidup (Yuran RM200) dan 30 ahli biasa bermula dari 2-Jun-2008 sehingga 1-Sep-2008. 3 bahagian yang berjaya mendaftarkan ahli yang paling ramai akan menerima saguhati sebanyak RM500 untuk menjalankan aktiviti AMK bahagian

2. Kursus Asas Pimpinan AMK Bahagian akan diadakan pada 12-Julai-2008 pada lokasi yang akan ditetapkan kemudian. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pimpinan tertinggi AMK bahagian tentang perjuangan parti PKR, Halatuju AMK dan juga ketahanan diri para pemimpin.3 orang pimpinan tertinggi dari setiap bahagian dikehendaki menghadiri kursus ini

3. Uniform Identiti AMK Pahang - AJK juga bersetuju untuk mencetak baju rasmi untuk AJK AMK negeri pahang. "Design" baju tersebut akan disediakan oleh Saudara Karim

4. Pentas AMK di Pekan - Satu ceramah yang akan dihadiri oleh pemimpin AMK peringkat nasional akan diadakan di Pekan pada 14-Jun-2008. Perincian program akan dihebahkan dalam masa terdekat

5. Perlantikan Bendahari AMK Negeri - Sdr. Karim dari bahagian kuantan telah diamanahkan untuk memegang jawatan bendahari AMK bagi negeri Pahang

Mesyuarat bulanan untuk bulan Jul-2008 dijangka akan diadakan di Rompin