Feb 26, 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan Melembukan Diri Kepada BN


25hb Feb 2009 2pm (Shah Alam) : Bermula dari Plaza Massalam ,Ahli-ahli AMK telah berhimpun dan berarak ke pejabat SPRM Shah Alam dengan membawa seekor anak lembu dan replika beserta sepanduk sebagai menunjukkan tanda protes terhadap tindakan SPRM yang memberi fokus kepada perkara-perkara kecil berkenaan rasuah dan juga tindakan SPRM yang seolah-olah "melembukan" diri mereka kepada BN.


Ini berikutan setiap aduan rasuah yang dibuat terhadap pemimpin BN walaupun nilainya mencecah berbillion-billion ringgit dan beserta bukti yang sahih, SPRM akan mendiamkan diri,manakala aduan-aduan yang dibuat terhadap pemimpin PR, walau sekecil mana sekalipun, SPRM akan menggali hingga kelubang cacing untuk mendapatkan bukti.

Ini jelas menunjukkan SPRM sudah melembukan diri mereka kepada pemimpin-pemimpin BN.

Feb 25, 2009

BN Tuduh PR Mahu Tubuhkan Republik ~ Malaysiakini

Dari Malaysiakini: Parlimen 25hb Feb 2009 - Ahli Parlimen BN Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) menuduh PR berusaha untuk menubuhkan negara republik apabila YB Gobind Singh Deo (DAP Puchong) mencadangkan bahawa Perdana Menteri hendaklah dilantik menerusi undian terus dari rakyat.


AMK Pahang berpendapat ia merupakan tuduhan melulu dan "bias" dari Ahli Parlimen BN.Undian terus tidak menghalang perlantikan Perdana Menteri (PM) melalui perkenan istana seperti yang dijalankan sekarang.Kaedah sekarang adalah perlantikan PM dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong yangmana menurut pertimbangan beliau individu tersebut mendapat majoriti Ahli Dewan.Oleh yang demikian kalau melalui undian terus sekalipun, Yang DiPertuan Agong masih membuat lantikan PM berdasarkan Individu yang mendapat sokongan majoriti rakyat.


Tambahan pula, mengikut kaedah sekarang, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan jenayah boleh menjadi PM sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti ahli dewan yang dikuasai oleh BN (Walaupun kurang dari 2/3 majoriti kerusi)

Oleh yang demikian prinsip Raja berpelembagaan masih tetap utuh di Malaysia ini

Feb 24, 2009

Dari Blog Lanai Lestari : Anak Muda Julung Berkeris

Dipetik dari Blog Sdr. Ahmad Nizam Hamid,Ketua PKR Temerloh.

Hujung minggu kelmarin saya diundang oleh Sdr.Rizal Jamin,Ketua Angkatan Muda (AMK) Pahang ke acara Program Rapat Muda Negeri Pahang.Program yang berlangsung di Kg.Janda Baik itu begitu menyegarkan.

Bukan sahaja kerana udara segar Kg. Janda Baik ditepi perbatasan Tulang Belakang Semenanjung,Banjaran Titiwangsa itu membangkitkan ghairah berjuang,tetapi lebih dari itu apabila melihat hampir 120 orang anak muda,ahli AMK berkumpul,semangat dari dalam diri saya menjadi menggebu.Anak-anak muda ini-lelaki dan perempuan-berkumpul untuk sama-sama mencanai minda dan melampas otak guna membentuk kesepaduan tindakan politik melalui Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak dapat menahan diri dari menjadi nostalgiks,mengenangkan liku-liku perjuangan selama sedekad ini.10 tahun malam memanjang (dengan apologi kepada Ahmad Boestamam) terasa waktu berlalu dengan pantas.Dalam usia yang relatif muda KEADILAN (sebelum ini dikenali dengan nama Parti Keadilan Nasional atau singkatannya,KeADILan) melalui pengalaman pasang-surutnya dan melalui pelbagai onak dan duri.
Parti yang ditubuhkan pada 4.4.1999 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur sewaktu kemuncak gelombang Reformasi berikutan pemecatan dan konspirasi fitnah terhadap Anwar Ibrahim,pada hari ini telah menjadi wadah politik yang disegani kawan dan lawan.Tumbuhnya KEADILAN seperti yang ada sekarang kerana,antaranya,sokongan dan kerjakeras anak-anak muda.Benar,KEADILAN tumbuh,hidup dan membesar kerana peranan yang dimainkan oleh anak-anak muda.Anak-anak muda yang berani berhadapan dengan penguasa zalim,bertempur dengan FRU,pecah kepala di pukul UMNO/BN,memanjat sehingga ke hujung julai pokok memasang bendera,tampal poster,atur ceramah,edar handbill dan pada masa yang sama kendalikan bahagian;kesemua ini sebahagian daripada 'tugas wajib' anak-anak muda yang dilakukan dengan penuh rela dan percuma.

Malah sebahagian besarnya tidak pernah terlibat dengan politik sebelum ini dan saya salah seorang contoh terbaik.Tiba-tiba sahaja diamanahkan menjadi Pemimpin Bahagian sedangkan pengalaman terlalu dangkal.Namun tuntutan perjuangan dan keberanian menghadapi cabaran disambut dengan penuh rela.Maka tidak keterlaluan jika saya nyatakan 'wujudiah' KEADILAN seperti yang ada pada hari ini kerana keterampilan,keberanian dan komitmen serta keikhlasan anak-anak muda.

Jadi saya melihat Rapat Muda AMK Pahang di bawah pimpinan Sdr.Rizal mencerminkan kesinambungan keazaman anak-anak muda untuk terus berjuang membawa perubahan.Anak-anak muda yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Pahang dan dari pelbagai latarbelakang ini nampaknya begitu komited dan menekuni setiap acara yang ditetapkan.

Dalam semua sejarah perjuangan,keterlibatan anak-anak muda menjadi faktor penentu berjaya atau tidaknya perjuangan tersebut mencapai matlamatnya.Dari sirah perjuangan Rasulullah S.A.W sendiri boleh dilihat dari keterampilan peribadi anak muda yang bernama Saidina Ali b. Abi Thalib r.a yang begitu berani kehadapan;malah tanpa memikirkan kepentingan diri menyanggupi menggantikan Rasullulah S.A.W di kasur tidur baginda tatkala Rasulullah S.A.W memulakan `long march' baginda berhijrah ke Yathrib.Saidina Ali tahu risiko yang bakal dihadapinya yang memungkin beliau dibunuh oleh Quraisy tetapi demi kecintaan kepada Rasulullah dan demi keyakinan kepada perjuangan menegakkan agama ALLAH,beliau sanggup mengambil risiko.

Demikian juga kalau kita membuka lembaran sejarah perjuangan yang lain.Bukankah Revolusi Indonesia melawan Belanda di menangi kerana penyertaan anak-anak muda?Seusai Almarhum Kiyai Hj Agus Salim menyeru dari corong radio agar anak-anak muda Indonesia bangkit berjihad melawan Belanda (ketika itu diwakili oleh Tentera Bersekutu yang baru sahaja mendarat sementara menunggu Belanda kembali ke Indonesia),ribuan anak-anak muda turun ke medan perang dengan hanya bersenjatakan bambu runcing!

Dan kemudian anak-anak muda juga yang kehadapan berikutan Peristiwa GS30 setelah pembunuhan beberapa orang General yang ditanam didalam lubang di Kubang Buaya oleh elemen PKI dalam tahun 1965 menuntut pertangunggjawaban Sukarno yang akhirnya membolehkan Suharto menjadi Presiden Indonesia.Waktu berputar dimana sekali lagi anak-anak muda Indonesia turun ke gelanggang melaungkan dan malah,menuntut Reformasi sehingga mengorbankan anakmuda mahasiswa dari Universitas Trisakti.Natijahnya Suharto meletak jawatan yang sekali gus menamatkan era pemerintahan regim OrBa (Orde Baru).Kesan langsung dari keterlibatan anak muda ini ialah demokrasi menjadi subur di Indonesia.
Maka yakinlah perjuangan yang dipartisipasi secara aktif oleh anak-anak muda lambat laun akan menempa kejayaan;malah menjadi pra-syarat utama jika ingin melihat perubahan lanskap politik tanahair maka anak-anak muda ini perlu disantuni.Seluruh tenaga dan semangat anak-anak muda harus digembeling demi merealisasikan cita-cita Politik Baru dan untuk melihat Negara Malaysia yang lebih adil dan demokratiks.

Saya fikir,diatas premis ini acara Rapat Muda AMK Pahang menjadi begitu signifikans.Tenaga dan fikrah anak-anak muda sekurang-kurangnya dapat di gembeling guna melahirkan upaya dan strategi politik yang ampuh di Pahang khususnya.Jika tenaga dan fikrah anak-anak muda ini gagal disantuni dengan sempurna,maka kita akan kehilangan kekuatan yang signifikans lagi kental.

Saranan saya,selain acara seumpama ini,kursus-kursus politik yang mencakupi ruanglingkup yang lebih besar perlu dilaksanakan.Anak-anak muda ini perlu didedahkan kepada budaya ilmu dan intellectual discourse guna menyediakan mereka dengan ilmu dan kemahiran politik.Sifat anak muda yang penuh idealisme dan berani mencuba seharusnya di tuang didalam acuan ilmu.Saya penuh keyakinan dengan idealisme anak muda yang dipacu dengan kebijaksanaan ilmu,perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi ketimbang mempastikan UMNO/BN di talkinkan,insyaAllah,akan beroleh kejayaan.

Saya teringat kepada saranan filsuf Greek yang menyarankan agar melihat dan/atau memiliki prinsip-prinsip yang disebut sebagai logos (logik),ethos (etika) dan methos (kaedah/uslub/metodologi) yang harus ada didalam diri setiap pejuang.Ertinya upaya untuk menilai keadaan atau medan hendaklah dilihat dari kacamata ilmu disamping punya keperibadian luhur yang beretika didalam melaksanakan kaedah atau pendekatan yang ampuh,Kesemua ini boleh dicapai melalui budaya ilmu dan pengalaman.

Kepada saudara Rizal Jamin Ketua AMK Pahang dan teman-teman pimpinan AMK,salut dari saya!

Gerak Kerja AMK Pahang 28hb Feb 2009

Dijangkakan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin dan Timbalan Ketua AMK, Sdr. Kamarul Hatta akan melakukan lawatan kerja di sekitar zon Pahang Tengah pada hujung minggu ini 28hb Feb 2009. Lawatan akan turut disertai oleh AJK AMK negeri yang lain

1) Kg. Batu 13 Maran - Satu perjumpaan dan perbincangan dengan AMK Maran akan diadakan selepas Waktu Asar hari Sabtu 28hb Feb 2009

2) Felda Kota Gelanggi - Sesi Perkenalan dengan AJK AMK Cawangan Kota Gelanggi (Masa akan ditentukan kemudian)

3) Kuala Krau - Mesyuarat AMK Bahagian Kuala Krau jam 9 malam di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau

AMK Pahang Di Friendster

Sebagai langkah proaktif untuk mendekati anak-anak pahang yang mempunyai akaun di laman web Friendster,AMK Pahang telah membuka akaun dengan friendster.Ia boleh dilayari di

http://profiles.friendster.com/amkpahang

Semua anak-anak pahang dipelawa untuk menjadi rakan AMK Pahang.

Feb 17, 2009

Kes Terbaru Elizabeth Wong : Serangan Terancang BN - Malaysiakini


17hb Feb 2009 - AMK Pahang ingin melahirkan rasa simpati terhadap kes terbaru yang melanda ADUN Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong.Kalau dilihat dari corak serangan ini, ia agak sama dengan serangan yang dilakukan di Perak dan Kedah baru-baru ini.



Jika di Perak, Serangan ditumpukan kepada 2 ADUN yang mempunyai kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah,manakala di Kedah, bekas ADUN Bukit Selambau, YB Arumugam telah diugut berkenaan kes bigami yang diamalkan oleh beliau sejak lebih 10 tahun yang lalu menurut amalan yang dibenarkan oleh agama hindu.

Dan yang terbaru pada akhir minggu lepas, serangan diarahkan kepada YB Elizabeth yang merupakan EXCO negeri Selangor berkenaan gambar yang dirakamkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan ke media massa secara terpilih.
Justru itu, AMK Pahang berpendapat, lebih banyak lagi serangan-serangan yang sebegini akan dilakukan oleh BN kepada PR terutamanya di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.Diharapkan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen akan mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah dan mempertahankan PR dari serangan-serangan seumpama ini jika ianya berlaku dimasa hadapan - AMK Pahang

Feb 16, 2009

Rapat Anak Muda Pahang : Say I Love You

Sdr. Shamsul whilst giving his closing remarks for the Rapat Anak Muda program urge the AMK members to say "I Love You" in their hearts.The way to express it ? See the clip below.


video

Program Rapat Anak Muda Pahang : Sekitar Petang Ahad

15hb Feb 2009 - Menghampiri ke penghujung sesi latihan, program di beri suntikan baru oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin dimana beliau memulakan sesi beliau dengan mengadakan sedikit senaman ringan, kemudian Sdr. Shamsul memberi penerangan tentang peri pentingnya latihan kepada AMK di dalam membina peribadi ahli-ahli AMK untuk menjadi pemimpin yang baik.Beliau juga telah turut memberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku di negeri Perak.
Majlis kemudiannya dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman yang merasmikan penutup program Rapat Anak Muda bagi tahun 2009.






















Rapat Anak Muda Pahang : Sekitar Tengahari Ahad

15hb Feb 2009 : Selepas sesi "Team Building", para peserta diberikan masa rehat selama 20 minit untuk bersiap bagi sesi Perbincangan berkumpulan mengenai agenda dan aktiviti AMK Pahang bagi sesi 2009.Sesi tersebut telah disokong dan dibantu oleh beberapa fasilitator jemputan iaitu Sdr. Zakaria Abdul Hamid selaku setiausaha Pilihanraya pusat,Sdr. Nizam Hamid (Ketua Bahagian Temerloh), Sdr. Nancy Khong ( Ketua Wanita Pahang), Sdr. Bostamin ( Ketua Bahagian Maran), Sdr. Rabidin Kasmawi (Ketua Bhg. Rompin), Sdr. Osman (Ketua Bahagian Bentong),Sdr. Hj. Rashid (Aktivis PKR), Puan Ainon (Tuan Rumah) dan ramai lagi. Wartawan Suara Keadilan iaitu Sdr. Zunar juga turut sama
kebetulan hadir disitu telah membuat liputan
mengenai program Rapat Anak Muda.





























































Rapat Anak Muda Pahang : Sekitar Pagi Ahad

15hb Feb 2009 - Pagi Ahad AMK telah diisi dengan solat subuh secara berjemaah untuk ahli yang beragama islam.Selepas sarapan pagi, program diisi pula dengan sesi "Team Building" bagi membina semangat berpasukan sesama AMK Pahang.

























































Rapat Anak Muda Pahang : Sekitar Malam Ahad

14hb Feb 2009 - Selepas makan malam, program
bertajuk "Bagaimana untuk menjadi Individu yang berpengaruh" telah diisi oleh Tuan rumah, Puan Ainon.Sesi menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa para peserta apabila masing-masing cuba mempraktikkan tips yang diberikan oleh Puan Ainon.Kemudiannya program perbincangan mengenai ucapan dasar Ketua Angkatan Muda, Sdr. Shamsul Iskandar semasa Kongres AMK 2008 di Shah Alam November 2008 telah diadakan dan dibincangkan.Sebelum perbincangan tersebut, Sdr. Ahmad Nizam Abdul Hamid, Ketua Bahagian Temerloh telah menyampaikan beberapa amanat kepada AMK.




























Rapat Anak Muda Pahang : Sekitar Hari Sabtu Petang & Malam


14hb Feb : Rumah Semanggol Janda Baik, Bentong telah menjadi destinasi untuk Angkatan Muda(AMK) Pahang untuk berkumpul dan bertemu sambil membincangkan tentang halatuju dan aktiviti AMK Pahang khusus untuk tahun 2009-2010.Pada hari tersebut lebih dari 80 orang peserta telah mendaftarkan diri termasuklah AMK dari kalangan wanita.

Majlis dimulakan dengan Taklimat ringkas oleh Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin dan diikuti Solat maghrib berjemaah bagi yang beragama islam dan diikuti oleh Kuliah maghrib oleh Ustaz Aris dari DPP Kawasan Bentong.






























Feb 13, 2009

Program Rapat MUDA Peringkat Negeri Pahang

AMK Negeri Pahang akan menganjurkan satu program berbentuk "Team Building" pada 14-15hb Februari 2009 bermula jam 5pm hari Sabtu dan berakhir jam 4pm hari ahad.Dijangka 80 orang ahli AMK seluruh negeri Pahang akan hadir pada program itu yang akan dijalankan di Rumah Semanggol, Kg. Ulu Chemperoh, Janda Baik Bentong Pahang.
Turut sama akan menjayakan program tersebut adalah Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, beberapa EXCO AMK dan juga pimpinan PKR negeri Pahang.Program tersebut akan di isi dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk aktiviti luar dan juga perbincangan berkumpulan

Feb 12, 2009

Temuramah Dengan Wartawan Sinar

9hb Feb 2009 - Ketua AMK Pahang dan Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin dan Sdr. Kamarul Hatta telah sempat mengadakan sesi temubual bersama-sama dengan wartawan Sinar Harian iaitu Cik Aswany Omar bertempat di Coffee House, Vistana Hotel Kuantan.Temuramah adalah berkaitan dengan ketetapan AMK Pahang yang menyatakan bahawa BN yang di dalangi oleh UMNO telah mengadakan rampasan kuasa di Negeri Perak bagi mewujudkan kerajaan BN. AMK Pahang berpendapat perbuatan tersebut adalah amat jijik kerana ia melibatkan rasuah yang berjumlah jutaan ringgit dan menyalahi proses demokrasi yang sebenar.Temuramah tersebut telah disiarkan
oleh akhbar Sinar Harian edisi timur pada 10hb
Feb 2009.

Mesyuarat Kelompok AMK Zon Timur

8hb Feb 2009 - Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal telah mengadakan mesyuarat berkelompok untuk zon Timur yang melibatkan AMK Bahagian Kuantan, Pekan, Paya Besar dan Indera Mahkota.Di dalam mesyuarat tersebut beliau telah memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa di Perak, Perancangan aktiviti AMK negeri dan juga mendengar maklumbalas dari Ketua-Ketua AMK Bahagian terlibat.Ketua AMK yang turut hadir pada sesi tersebut adalah Sdr. Kamarul Hatta (Kuantan), Sdr. Arman (Pekan) dan Sdr. Saiful (Paya Besar) berserta dengan AJK masing-masing.














AMK Pekan - Majlis Penerangan 7hb Feb 2009


AMK Pekan telah mengadakan majlis makan malam di Kuala Pahang pada 7hb Feb 2009. Turut hadir adalah Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin, TImb. Ketua AMK Pahang Sdr. Kamarul Hatta, Ketua AMK Pekan Sdr. Arman dan juga AJK-AJK AMK Negeri.Tetamu jemputan pada malam itu merupakan Dato' Fairuz yang juga merupakan bekas aktivis Parti Semangat S46 yang memberi kata-kata semangat kepada pejuang-pejuang di Pekan khususnya. Ketua AMK Pahang telah memberikan sedikit penerangan mengenai situasi di Perak manakala Timbalan Ketua AMK telah menceritakan pengalaman beliau dan rakan-rakan yang menyertai demonstrasi menyelamatkan Kerajaan PR di Perak.