Mar 1, 2010

Perkembangan Projek Tanaman Tebu Di Lipis

Feb 2010 - Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin sempat meluangkan meninjau perkembangan projek Tanaman Tebu yang diusahakan oleh ahli AMK Lipis di Kg. Budu yang terletak di DUN Benta.

Projek yang dijalankan diatas tanah terbiar seluas 8 ekar tersebut dijangka akan mengeluarkan hasil mulai bulan Julai. Diharapkan peserta projek akan mendapat tambahan pendapatan daripada usaha yang dijalankan.













Jan 25, 2010

Kenyataan Media AMK Pahang berhubung Perletakan Jawatan YB Azan Ismail

25 Januari 2010 – Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Pahang menghormati dan menerima baik perletakan jawatan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri II YB Azan Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota.


AMK berpandangan bahawa keputusan beliau tersebut didorong oleh keazaman beliau untuk menumpukan perhatian yang lebih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakili oleh beliau iaitu Indera Mahkota.


AMK juga berpendapat bahawa, kepimpinan KeADILan Pahang sekarang yang diterajui oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman akan dapat mencari pengganti kepada YB Azan dalam masa yang terdekat sekiranya beliau kekal dengan keputusan untuk meletak jawatan.KeADILan Pahang mempunyai ramai pimpinan yang kanan dan berpengalaman seperti Sdr. Zakaria Abdul Hamid (Mantan Pengerusi Perhubungan Negeri), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tuan Hj. Abbas Hj Awang (Bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan) dan juga tokoh-tokoh yang lain yang berupaya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YB Azan.


Apa yang pasti, AMK Pahang akan memberi sokongan padu kepada pimpinan Negeri terhadap sebarang keputusan yang dibuat berhubung dengan jawatan Timbalan Pengerusi II Perhubungan Negeri di dalam usaha untuk KeADILan dan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Pahang pada PRU-13 dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan adil kepada Rakyat Negeri Pahang.


Sekian Terima Kasih

Rizal bin Jamin

Ketua AMK Pahang

Rizal_jamin1972@yahoo.com

013-9310950

Jan 21, 2010

Perihal Keperihatinan Kerajaan BN Kepada Nasib Rakyat

Terkejut, Sedih dan Marah dengan berita yang diterima dari Bintulu Sarawak.Perkampungan kaum Iban di Sekabai, Tatau Bintulu Sarawak telah dirobohkan oleh Kerajaan BN hari ini.Begitulah sikap Kerajaan BN, tanpa mempedulikan nasib rakyat mereka akan melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan kroni-kroni mereka

Mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat

Sayap pemuda Pakatan Rakyat (DPP-AMK-DAPSY) akan mengadakan pertemuan setiap dua bulan pada hari Ahad ini di Temerloh:

1. Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Pahang, Temerloh
2. Tarikh/Masa : Ahad 24 Jan 2010/2.30pm

Untuk membincangkan aktiviti-aktiviti bersama sayap Pemuda Pakatan Rakyat

Jan 19, 2010

Sekitar Konvensyen & Makan Malam Perdana Parti Keadilan Rakyat Pahang

17hb Jan 2010 - Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan beliau ke Pahang telah menyampaikan ucapan penutup di Majlis Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Pahang pada kira-kira pukul 5 petang. Beliau yang baru kembali dari Lebanon kemudiannya solat Maghrib di Masjid Al Khairiyah Kuantan sebelum menghadiri Majlis Makan Malam di Restoran Tan Jung Kuantan.Penutup lawatan beliau pula adalah program ceramah Perdana. Pimpinan yang turut hadir termasuklah Setiausaha Agung PKR yang baru YB Saifuddin Nasution,Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar,EXCO Pertanian Selangor, YB Hj Yaakob Sapari,Timbalan Ketua AMK Malaysia Sdr. Fariz Musa, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor YB Nik Nazmi dan pimpinan Keadilan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman





































Jan 11, 2010

Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Pahang

Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan melawat Negeri Pahang pada hari Ahad ini, 17 Januari 2010.Beberapa program telah dirangka untuk beliau sempena lawatan tersebut :

1. Perasmian Penutup Konvensyen KeADILan negeri Pahang
di Restoran Tan Jung, Jalan Haji Ahmad Kuantan

2. Makan Malam Perdana di Kuantan di Restoran Tan Jung,
Jalan Haji Ahmad Kuantan

3. Ceramah Perdana Pakatan Rakyat(PR) di Ibu Pejabat KeADILan di Indera Mahkota.

Antara pimpinan lain yang dijangka turut sama menjayakan program termasuklah bakal Setiausaha Agung KeADILan yang baru, YB Saifuddin Nasution,Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar, Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman dan pimpinan negeri yang lain.