Dec 30, 2009

X-Files Malaysia tahun 2009

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pun begitu elok kita imbas kembali perkara yang berlaku di Malaysia ini dimana walau sebesar mana pun perkara tersebut, tetap tidak terdapat sebarang "clue" bagaimana ia terjadi dan apakah ianya akan dapat diselesaikan



1. 14 Jan 2009 : S. Kugan telah ditahan di lokap Balai Polis USJ atas dakwaan terlibat di dalam kes kecurian kereta. Beliau di dapati telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan Polis.Sehingga kini masih belum kelihatan pihak berkuasa akan mengambil tindakan dalam masa yang terdekat

2. 15 Jul 2009 : Teo Beng Hock, Pembantu kepada ADUN Sri Kembang, YB Ean telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM.Beliau didapati meninggal dunia ke-esokan harinya di Tingkat 5 Plaza Massalam, Shah Alam.Sehingga kini Inkues kematian beliau tidak dapat mengenalpasti penyerang beliau

3. 1 Sep 2009 : PM Najib mengatakan bahawa setiap Menteri akan diberi KPI untuk mereka capai sebelum Nov 2009. Tetapi sehingga kini bayang-bayang KPI tersebut masih tidak kelihatan

4. 14 Dec 2009 : Enjin Jet pejuang F5E yang berharga kira-kira RM50 juta didapati telah dicuri sekitar tahun 2007.Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Pertahanan Dato' Ahmad Zahid Hamidi. PM Najib memberi jaminan bahawa mereka yang terlibat akan dibawa kemuka pengadilan, tetapi sehingga kini masih tidah terdapat usaha yang serius kearah itu dari kerajaan BN.

Mari kita lihat samada perkara diatas akan diselesaikan pada tahun 2010, sama-sama kita tunggu.

Dec 28, 2009

Program Ceramah Tanpa Henti 40 Hari : Keadilan Untuk Anwar

Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia akan berada di Felda Panching Timur, Paya besar untuk mengadakan sesi ceramah penerangan mengenai kes Liwat 2, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tempat : Felda Panching Timur, Paya Besar

Tarikh : 3 Disember 2009

Masa : 8 malam


Semua penduduk sekitar kawasan tersebut dijemput hadir.Wakil-wakil dari PAS dan DAP akan turut sama berucap.Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr. Kamarul Hatta di talian 017-9573855

Dec 21, 2009

Skandal Kehilangan Enjin Jet F-5E

Sekadar untuk pengetahuan pembaca, Malaysia telah membeli sebanyak 14 buah Jet F-5E pada tahun 1982 untuk menguatkan sistem pertahanan negara.Ia merupakan Jet Pejuang satu tempat duduk 2 enjin yang merupakan Jet Pejuang supersonik yang dibina selepas Perang Duni ke-2.

Kalau dilihat dari foto disebelah, Enjin Jet tersebut merupakan satu unit yang besar dan sukar dipindahkan dari badan pesawat apatah lagi untuk dicuri.Namun sedemikian, mungkin atas semangat Malaysia Boleh, enjin yang berharga RM50 juta tersebut telah dicuri dan
(Bahagian Enjin Jet F-5E)

dijual kepada syarikat yang berada di Amerika Selatan.Kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2007 semasa PM Najib menjadi Menteri Pertahanan.Persoalan besar adalah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapakah yang terlibat? Mengapa tiada tindakan undang-undang diambil sedangkan kejadian telah berlaku hampir 2 tahun?Adakah ini merupakan satu lagi skandal ala PKFZ?Malah lebih membahayakan lagi, bolehkah kita mempercayai Angkatan Tentera kita untuk melindungi kedaulatan negara Malaysia sekiranya enjin Jet pun tidak boleh dijaga dengan baik? Fikir-fikirkan...

Muafakat Baru Rakyat Malaysia


Dipetik dari Malaysiakini
1. Demokrasi Telus dan Tulen
a.Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Pakatan Rakyat akan:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.
6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
b. Pemisahan kuasa

Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.Pakatan Rakyat akan:
1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.
c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.Pakatan Rakyat akan:
1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.Pakatan Rakyat beriltizam untuk "Merakyatkan Ekonomi Negara" bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.
a. Ekonomi kemahiran tinggi
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.
b. Ekonomi demokratik dan telus
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.Pakatan Rakyat akan:
1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.
3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.Pakatan Rakyat akan:
1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
2. mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluanPakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.
4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerjaTenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan.
Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.Pakatan Rakyat akan:
1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
6. menyusun dasar pekerja sing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
f. Jaringan perlindungan sosial
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.Pakatan Rakyat akan:
1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.
2. Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
3. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.
4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.
5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
h. Prasarana dan kemudahan awam
Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar
1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.
j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.Pakatan Rakyat akan:
1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.
2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.
3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
a. Perpaduan dan keadilan sosial
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.Pakatan Rakyat akan:
1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
2. Mengembleng tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
3. Mengubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaiaman budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
b. Agama
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia ini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti s istem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.Pakatan Rakyat berikrar:
1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.
2. Menganjurkan dialog dan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.
c. Pendidikan
1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadang pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar.

d. Wanita dan institusi keluarga
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat dijamin kesejahteraan maa hadapan negara, Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.Pakatan Rakyat akan:
1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.
2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
e. Golongan muda
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.
2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.
g. Kesihatan
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasa secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik bagi rakyat.Pakatan Rakyat akan:
1. Menimbang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaankesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.
h. Kebudayaan
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.Oleh itu, Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui medium.
2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara
a. Sistem Persekutuan
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.Pakatan Rakyat akan:
1. Menjamin royali sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.
b. Sabah & Sarawak
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.Pakatan Rakyat akan:
1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu pendatang asing.
3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
c. Dasar luar negara
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.Pakatan Rakyat akan:
1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
2. Aktif menjadi pelapor dan peneraju dialog antara peradaban.
3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau, terutamanya anggota-anggota Asean.
4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

Dec 10, 2009

Raising Expectation On Pakatan Rakyat

Much ado about the upcoming Pakatan Rakyat convention scheduled to be held on 19th December 2009 at Shah Alam.From the grassroot point of view,the hope and expectation are around the formation of A more formal coalition under single symbol, that alone will help to counter cynical arguments from BN that PR merely consist of Political parties that only get their act together only for General Election(GE) purpose.

By and large, what actually the mass want to see is, Single Solid Voice from PR, especially from the Four(4) States(excluding Perak) that PR are the government of the day.There should be common policies from all the 4 states. No more PKR policies, neither DAP nor PAS policies. It is A PR policies that care for welfare of the people that cut across the racial and religion's boundries.

Another aspect to be taken into consideration should be from the Media Relation perspective. There should be one comittee or just one spokeperson for the coalition for PR.No more conflicting quotes from the respectives parties, this will really put the BN controlled media at the dead end to manipulate the stories to the benefit of BN/UMNO

Finally, the PR states government should come out with more People Centric inititives that far more superior than its BN foe.Selangor driven programme such as Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) should be executed in more coordinated manner at all the PR governed states and of course with better awareness campaign to the mass

Dec 9, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama

Konvensyen yang bakal diadakan pada 19hb Disember 2009 merupakan satu titik permulaan yang penting untuk Parti-parti yang bersepakat dibawah payung Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan komitmen masing-masing terhadap Pakatan Rakyat.

Semua perwakilan yang terpilih diucapkan Selamat ber Konvensyen.

Nov 23, 2009

Penubuhan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pahang





22hb Nov 2009 - Tiga sayap parti-parti yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat iaitu Dewan Pemuda PAS (DPP), DAPSY dan AMK Negeri Pahang telah bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat. Tujuan utama penubuhan Sekretariat tersebut antara lain adalah untuk mengukuhkan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti ketiga-tiga sayap parti tersebut.

Sekretariat ini dijangka akan dapat memantapkan lagi gerakerja Pakatan Rakyat(PR) di dalam usaha untuk memberi tentangan sengit kepada BN di dalam PRU13 yang akan datang.



Nov 19, 2009

Mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat (PR)

Pemuda Pakatan Rakyat(PR) Pahang yang terdiri dan PAS-DAP-KeADILan akan mengadakan mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat yang pertama pada tarikh dan tempat dibawah :

Tarikh : 22/11/2009 - Ahad

Tempat : Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang
No. 2 Jalan Sudirman 6,Pusat Perdagangan
28000 Temerloh
Masa : 2.30ptg


Mesyuarat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara pemuda PR

Nov 17, 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat

Sekretariat KeADILan Negeri Pahang akan mengadakan satu program ceramah umum pada 21hb November 2009 bertempat di kompleks Pejabat Perhubungan KeADILan negeri Pahang ,Jalan Beserah bermula jam 8.45 malam.

Para penceramah jemputan pada malam tersebut adalah :

1. Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK Malaysia & Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka

2. Sdr. Zukri Aksyah
Aktivis PAS Pahang

3. Sdr. Rizal Jamin
Ketua AMK Pahang

Semua dijemput hadir

Oct 29, 2009

Sekitar Mesyuarat AMK & Perhubungan Negeri KeAdilan

24hb Okt - AMK Pahang telah mengadakan mesyuarat bulanan di pejabat KeADILan negeri di Beserah diikuti dengan mesyuarat perhubungan negeri pada sebelah petangnya. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah memperkasakan cabang-cabang dan mempergiatkan aktiviti disetiap DUN dan Parlimen.




Oct 27, 2009

Dari TheMalaysianInsider : Memali,Sejarah dan Masa Depan Pakatan Rakyat

Artikel oleh Nathaniel Tan.

OKT 27 — Saya terharu, menonton filem Al-Fatehah Memali hasil karya Rahmat Haron. Dokumentari beliau memberi kesempatan untuk merenung dengan mendalam dua perkara.

Pertamanya, sejarah Malaysia langsung tidak kurang dari segi peristiwa yang boleh dijadikan hikayat epik. Keduanya, betapa pentingnya kita belajar dari sejarah dalam usaha memahami dan menangani krisis-krisis yang melanda Malaysia pada saat ini.

Semasa penayangan Al-Fatehah Memali, ramai di antara penonton memaklumkan dalam sesi soal jawab bahawa pada waktu peristiwa tersebut, mereka masih muda atau kanak-kanak. Usia saya tidak sampai 5 tahun.

Pengarah filem menceritakan bagaimana sebagai anak muda, beliau mengikuti peristiwa tersebut melalui media arus perdana dan penuh dengan rasa syukur kepada kerajaan yang telah dengan berani menyelamatkan Malaysia dari elemen-elemen sesat dan pengganas.

Filem ini merupakan pengenalan baru untuk saya, yang jahil kepada peristiwa yang di antara paling berdarah di sejarah Malaysia. 14 penduduk kampung kecil di Kedah mati dibunuh pasukan keselamatan Malaysia kerana enggan menyerah diri kepada penahanan dibawah ISA. 4 polis terkorban, dan akhirnya 36 penduduk kampung ditahan di kem Kamunting.

Peristiwa Al-Ma'unah yang melibatkan pihak-pihak yang bersenjata lengkap dan dengan ketara ingin menumbangkan kerajaan Malaysia pun tidak melibatkan pengorbanan nyawa seramai di peristiwa Memali, yang ada akar-umbinya dalam perselisihan di antara Umno dan PAS. Pepatah Inggeris: "Truth is Stranger than Fiction" Jika dibandingkan dengan drama-drama seperti Braveheart, atau filem-filem Hollywood berunsurkan perang atau perjuangan, tidak kurang cerita Memali dari segi dramanya.

Jika dibandingkan pula kepada filem-filem seperti Enemy of the State, JFK, atau The Bourne Ultimatum, tidak kurang juga Malaysia, dari segi drama skandal dan konspirasi politik.

Dalam masa setahun dua sahaja, Malaysia telah melihat kematian kakitangan politik akibat jatuh dari bangunan tinggi, penumbangan kerajaan Perak, kematian pemuda-pemuda kerana dibelasah dalam lokap, penahanan di bawah ISA seorang wartawan yang melaporkan ahli politik yang mengapikan sentimen perkauman, kemunculan tuduhan liwat kedua, kekecohan dalaman hampir semua parti politik, dan sebagainya.

Siapa pula boleh lupakan kes perempuan yang diletup dengan C4 di hutan Shah Alam, berkaitan pembelian kapal selam dan komisen beratusan juta ringgit?

Cuba bayangkan, potensi drama-drama yang berdasarkan realiti di Malaysia.

Walaubagaimanapun, sejarah Malaysia mungkin seharusnya dinilai bukan sahaja seolah beberapa filem yang berbeza, seperti dilakukan oleh majoriti penganalisa, tetapi seandai sebuah novel panjang.

Novel Sejarah Malaysia

Keputusan Bagan Pinang telah merisaukan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan mendorong reformis kepada Reformis untuk memberi amaran bahawa Pakatan akan lesap sekiranya tidak berubah hala tujunya.

Secara am, saya bersetuju.

Kita harus ingati kecenderungan yang bakal menjadi corak di Negara kita. Setiap 10 tahun, kita dilanda krisis ekonomi dan politik. Setiap 10 tahun, Barisan Nasional kian dekat dengan kekalahan.

Setiap 10 tahun, BN kekal juga.

Tidak tepat, rasanya, jika dikatakan BN kekal kerana formulanya yang mantap atau kekebalan pemimpinnya. Kekekalan BN yang berdekad-dekad adalah berasaskan kegagalan pembangkang untuk benar-benar bersatu.

Ini tidak bermaksud BN tidak pernah mengalamai krisis dalaman sendiri.

Masalah MIC dan MCA serta krisis Umno tahun lepas jelas menampakkan bahawa kelemahan ini tidak terhad kepada pihak pembangkang. Masalah ini melanda semua badan politik di dunia, tetapi Malaysia seandainya mengalaminya dengan lebih parah dari negara lain.

Ajaran Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif

Pakatan Rakyat merupakan percubaan terbaik untuk menyatukan elemen-elemen anti-BN, tetapi ia juga merupakan percubaan ketiga.

"Ibubapa" Pakatan Rakyat dari segi politik adalah Gagasan Rakyat zaman Semangat 46 dan Barisan Alternatif zaman Reformasi. Kedua-duanya akhirnya berpecah dan Malaysia dibiarkan lagi dengan sebuah lanskap politik yang monolitik, seperti kedudukan Amerika selepas Perang Dingin.

Apakah Pakatan Rakyat juga akan turut hancur dan lesap?

Jawapan mesti dicari dalam kegagalan dahulu. Kenapa gabungan-gabungan ini berjaya membara dengan kuat buat seketika, dan seterusnya semakin lemah dan berpecah?

Nampaknya yang pemalar adalah rasa tidak puas hati terhadap BN, yang meningkat ke tahap tertinggi setiap 10 tahun. Soalnya sahaja, adakah pembangkang mampu membina sebuah gabungan yang mantap dan teguh untuk memenang keyakinan rakyat, mengungkap harapan rakyat, dan menterjemahkan rasa tidak puas hati tersebut kepada sebuah penukaran kerajaan?

Rakyat Malaysia berbesar hati, dan selalu sanggup memberi peluang — tetapi biasanya hanya sekali. Sekiranya mana-mana pihak diberi amanah oleh rakyat tetapi masih gagal untuk mengatasi masalah dalaman remeh-temeh (sekurang-kurangnya dalam mata rakyat), sejarah akan berulang lagi, dan pakatan baru bakal lesap seperti yang dahulu.

Sibuk Jaga Bilik, Rumah Dibiar Terbakar

Setiap 10 tahun, parti-parti pihak pembangkang serta pemimpinnya dihadapi dengan soalan yang sama — sanggupkah mereka berkorban kepentingan diri sendiri demi masa depan negara? Atau apakah mereka lebih cenderung memegang kepada bilik kecil masing-masing ketika membiarkan rumah keseluruhannya terus membakar?

Sikap ini wujud bukan pada pemimpin sahaja, tetapi pada tiap diri kita, dan teguran ini ditulis tanpa mengecualikan penulis atau pembaca sendiri dari tanggungjawabnya.

Masa Malaysia untuk perubahan — terutamanya dari perangkap politik perkauman — kian terlepas, dan masa untuk perubahan dalaman parti-parti politik kian sampai.

Pengundi atas pagar di Malaysia tidak lagi fikirkan pembangkang sebagai tiga parti asing, dan kurang berminat kepada dinamik mereka.

Yang dibandingkan sahaja adalah kebolehan mana-mana pihak untuk memerintah dengan telus, cekap dan keprihatinan rakyat yang ikhlas.

Harapan generasi perubahan tidak terikat kepada mana-mana parti PKR, PAS atau DAP, tetapi kepada kemampuan parti-parti ini meninggalkan fikiran sempit dan memberi fokus mereka terhadap entiti Pakatan Rakyat, serta memantapkan tanpa berbelah bagi kerajaan empat negeri yang telah diberi kepada mereka untuk memerintah.

Sekiranya mereka berjaya, maka bermulalah bab baru dalam novel Malaysia. Tanpa perubahan halatuju sekarang, negara tercinta akan terperangkap dalam bab yang sama di mana semuanya berulang-ulang sahaja.

Oct 26, 2009

Perkembangan Projek Penanaman Tebu Di Lipis

25hb Okt 2009 - Saya berkesempatan untuk meninjau perkembangan projek penanaman tebu di mukim Budu, Kuala Lipis.Alhamdulillah 50,000 benih tebu telah selamat ditanam.Baki tanah yang selebihnya akan disulam dengan tanaman sayuran dan betik.Tahniah buat peserta dan harapan semoga bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan hasilnya






Oct 19, 2009

Rumah Terbuka Pakatan Rakyat(PR) Parlimen Lipis

17hb Oktober 2009- Pakatan Rakyat(PR) Parlimen Lipis telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali di Dewan serbaguna Benta.

Majlis telah dirasmikan oleh En Zakaria Abdul Hamid, ahli Majis Pimpinan Pusat PKR, yang juga ketua PKR Lipis.

Seramai kira-kira 1 ribu jemputan telah menghadiri majlis tersebut.Turut hadir sama adalah pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan setempat iaitu: En Lip Tuck Chee, pengerusi DAP Pahang; En Md Noor Jaafar, timbalan pengerusi PKR Pahang dan ustaz Ishak, yang dipertua PAS Lipis dan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin.

Turut hadir Dato Soffi Razak, Exco Pahang yang juga adun Benta.


Sep 29, 2009

Projek Tanaman Tebu oleh AMK Lipis



AMK Lipis mengorak langkah setapak lagi kehadapan dengan melancarkan projek tanaman tebu di Kampung Chat, Mukim Budu.Tanah yang diusahakan seluas hampir 8 ekar dijangka boleh memuatkan kira-kira 40 ribu pokok tebu yang harganya agak tinggi dipasaran semasa iaitu sekitar RM1.50 bagi sebatang tebu.Seramai 3 orang ahli AMK telah berkerjasama untuk menjayakan projek ini dimana ia akan dijangka selesai ditanam sekitar bulan November 2009.





Sep 18, 2009

Salam Aidilfitri Dari AMK Pahang


AMK Pahang dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.
Maaf Zahir Batin

Sep 10, 2009

Sekitar Majlis Berbuka Puasa AMK Pahang


9hb September - Majlis berbuka Puasa anjuran AMK Pahang & Bentong telah berjaya dengan langsungnya di Kediaman Puan Ainon di Janda Baik Bentong Pahang. Seramai kira-kira 40 orang anak yatim telah diraikan oleh ahli-ahli AMK Pahang dan juga turut disertai oleh pimpinan AMK Pusat yang diketuai oleh Sdr. Shamsul Iskandar(Ketua AMK Malaysia), Khairul Anuar @Jonah(Naib Ketua AMK Malaysia), Mohd Zaman(Ketua AMK WP), Zaki Yamani,(EXCO AMK) Shamsul Hidayat dan Sdr. Razali dari AMK Gombak.

Turut sama memeriahkan majlis adalah Sdr. Zakaria Abdul Hamid yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat(MPP) dan Ketua Keadilan Cabang Lipis dan SU Cabang Bentong iaitu Cikgu Fendi.Tahniah diucapkan kepada AMK Bentong yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.





Sep 8, 2009

Majlis Berbuka Puasa AMK Pahang & Anak-Anak Yatim

AMK Pahang dengan berbesar hati menjemput semua ahli AMK & KeADILan yang berdekatan untuk bersama-sama meraikan Anak-anak Yatim di dalam satu majlis berbuka puasa yang akan turut dihadiri oleh Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tarikh : 9hb September 2009 (Rabu)

Masa : Bermula jam 4 petang

Tempat : Kediaman Puan Ainon Hulu Chemperuh, Kg. Janda Baik, Bentong Pahang

Aktiviti Program : Tazkirah Ramadan,Tadarus Al-Quraan,Menyedia Juadah & Berbuka Puasa,Solat Tarawikh dan lain-lain.
Semua dijemput hadir

Aug 31, 2009

Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.

Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Aug 4, 2009

Projek Tanaman Pisang secara komersial di Lipis

AMK Cabang Lipis berkerjasama dengan Keadilan Cabang Lipis untuk menjayakan projek tanaman pisang secara komersial di tanah seluas 3 ekar di Kg. Peruang, Mukim Budu, Kuala Lipis.Sebahagian dari hasil akan digunakan untuk menampung perbelanjaan aktiviti cabang Lipis

Jul 31, 2009

ADUN Permatang Pasir Kembali Ke Rahmatullah

31hb Jul 2009 - ADUN Permatang Pasir dari PAS, Dato Mohd Hamdan Abdul Rahman telah meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.Beliau yang telah mewakili DUN tersebut selama 3 penggal meninggal akibat kegagalan fungsi jantung beliau. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan di Permatang Pasir selepas Asar hari ini.Takziah daripada AMK Pahang kepada keluarga Allahyarham.






Jul 30, 2009

Projek Tanaman Limau Komersial Di Pelangai Bentong

30hb Jul 2009 - Projek yang sedang dalam fasa perlaksanaan in i berjalan mengikut jadual dan proses penanaman akan dilakukan dalam masa seminggu.Tanah yang diusahakan sudah dipagar dan dibajak.Lubang akan digali dalam minggu ini sementara menunggu anak benih sampai dari batang kali.Syabas kepada AMK Bentong dan teruskan usaha gigih anda.Pastikan kejayaan projek ini.



Jul 29, 2009

Sekitar Program Pentas Anak Muda di Raub

28hb Julai 2009 - Buat julung kalinya, Pentas Anak Muda Pakatan Rakyat telah berjaya menggabungkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Tantawi bersama-sama Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar dan juga YB Teo dari Bahau mewakili DAPSY.

Antara isu-isu yang disentuh oleh pemidato muda ini termasuklah kes
kematian mendiang Teo Beng Hock, Pemansuhan ISA dan juga beberapa perkara-perkara lain mengenai nasional dan setempat.










Jul 27, 2009

Pentas Anak Muda

Pakatan Rakyat Parlimen Raub akan menganjurkan program Ceramah Pentas Anak Muda yang menggabungkan Ketua DPP PAS Ustaz Nasharuddin Tantawi dan Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin serta wakil dari DAP.Perincian Program :

1. Tempat : Markas PAS Kg. Ulu Gali Raub Pahang
2. Tarikh & Masa : 28hb Julai 2009 bermula Jam 9 malam

Semua pencinta keamanan dan kedamaian dijemput hadir

Edaran Risalah Di Pasar Minggu Raub



26hb Jul 2009 - AMK Pahang dengan kerjasama PKR cabang Raub telah mengadakan gerak kerja mengedar risalah di Pasar Minggu Raub bermula jam 9.15 pagi dan berakhir 1 jam kemudiannya.Seramai 14 orang ahli AMK terlibat termasuk 4 orang Serikandi AMK.

YB Choong ADUN DAP Tras turut sama menyertai program tersebut.Sambutan dari orang ramai agak mengalakkan dimana 1,000 risalah mengenai kekejaman BN dan informasi ceramah Pentas Anak Muda telah diedarkan




















Jul 4, 2009

Kem Kepimpinan Rakyat AMK

04 Julai 2009 - AMK Pusat telah menganjurkan satu kem kepimpinan rakyat untuk kepimpinan AMK peringkat cabang di Hotel Carlton, Shah Alam Selangor.Kem selama 2 hari itu bertujuan untuk melengkapkan kepimpinan AMK peringkat cabang dengan asas-asas kepimpinan parti di peringkat akar umbi.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau telah menyentuh tentang tujuan kem ini diadakan iaitu untuk merangka pelan bertindak bagi AMK dalam jangka masa terdekat.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung PKR, iaitu Dato' Salehuddin yang juga turut menyentuh tentang kepentingan kekuatan organisasi dalam merangka dan melaksanakan aktiviti parti.AMK Pahang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan ke kem tersebut.

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut hadir di majlis tersebut pada hari Ahad, 5 Jul 2009 9 pagi untuk menyampaikan amanat beliau

Jun 29, 2009

Projek Kebun Limau Nipis AMK Pahang

26 Jun 2009 - AMK Pahang mengorak selangkah lagi dengan melibatkan diri di dalam projek berunsurkan ekonomi yang boleh menjana pendapatan untuk ahli AMK dan juga untuk membiayai aktiviti Parti.Untuk tujuan tersebut AMK Bentong di bawah Sdr. Nizam Aqbar telah melancarkan satu projek penanaman limau nipis secara organik di atas sebidang tanah seluas 2 ekar. Hasilnya dijangka akan dapat dituai kira-kira 6 bulan dari tarikh penanaman.