Dec 21, 2009

Skandal Kehilangan Enjin Jet F-5E

Sekadar untuk pengetahuan pembaca, Malaysia telah membeli sebanyak 14 buah Jet F-5E pada tahun 1982 untuk menguatkan sistem pertahanan negara.Ia merupakan Jet Pejuang satu tempat duduk 2 enjin yang merupakan Jet Pejuang supersonik yang dibina selepas Perang Duni ke-2.

Kalau dilihat dari foto disebelah, Enjin Jet tersebut merupakan satu unit yang besar dan sukar dipindahkan dari badan pesawat apatah lagi untuk dicuri.Namun sedemikian, mungkin atas semangat Malaysia Boleh, enjin yang berharga RM50 juta tersebut telah dicuri dan
(Bahagian Enjin Jet F-5E)

dijual kepada syarikat yang berada di Amerika Selatan.Kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2007 semasa PM Najib menjadi Menteri Pertahanan.Persoalan besar adalah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapakah yang terlibat? Mengapa tiada tindakan undang-undang diambil sedangkan kejadian telah berlaku hampir 2 tahun?Adakah ini merupakan satu lagi skandal ala PKFZ?Malah lebih membahayakan lagi, bolehkah kita mempercayai Angkatan Tentera kita untuk melindungi kedaulatan negara Malaysia sekiranya enjin Jet pun tidak boleh dijaga dengan baik? Fikir-fikirkan...

2 comments:

nurmani said...

Kehilangan enjin jet F-5E TUDM tak mungkin dilakukan oleh pegawai bawahan,kita tunggu & lihat siapa yang menjadi 'kambing hitam' dln skandal ini.. MALAYSIA BOLEH !

hatta said...

slm mentol..

a ah la..dah jumpa kambing hitam tu..naye tul la..nasib dok omputih..kalu dok,kita nengok kambing putih brhati hitam..itu la satu Msia yg ku CINTAHIII!!!

Tahla mentol ooi!!!Kita sama2 la hukum prkara2 begini,pd PRU 13 nnti,dah tak lama tu,pejam celik,pejam pelik...dah PR megang M'sia..pastu tahu la,lngit tinggi rendahnyer!!