Oct 28, 2008

Aktiviti AMK Pahang

1. 31 Oktober 2008 - Mesyuarat Agung AMK Jerantut di Batu Balai Jam 8.30 malam

2. 02 November 2008 - Kursus SEHARUM anjuran Perhubungan Negeri dan PKR Pusat.30 ahli AMK dijangka menghadiri kursus tersebut yang akan di adakan di Temerloh dari Jam 8.30 am - 5.30 am

3. 02 November 2008 - Majlis Suai Kenal AMK Raub. Dijangka bermula jam 8.30 malam di Restoran Husin berdekatan Taman Muhibbah Raub.30 ahli AMK dijangka akan menghadiri majlis ini

Mesyuarat Khas AMK Kuala Krau

AMK Kuala Krau telah berjaya mengadakan mesyuarat khas di Felda Jenderak Utara pada 24hb Oktober 2008 bermula jam 5.45 petang. Majlis yang dihadiri oleh ketuai AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin itu dihadiri oleh 35 ahli AMK Kuala Krau.Agenda utama majlis adalah memilih 5 orang ahli AMK untuk menyertai kongres AMK untuk tahun 2008 yang dijangka akan diadakan pada 28 Nov 2008 di Selangor.Turut sama hadir adalah Naib Ketua DPP PAS Kuala Krau yang bertindak sebagai pemerhati.Mesyuarat berakhir pada pukul 7pm

Mesyuarat Agung Tahunan AMK Temerloh

AMK Temerloh telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK pada 24hb Oktober 2008 bermula jam 4pm.Program telah dihadiri oleh Setiausaha AMK Pusat, Sdr. Zulfikar Ali Ariffin, Pengerusi Perhubungan Negeri Sdr. Zakaria Abdul Hamid dan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal bin Jamin.Mesyuarat telah berjaya menghimpunkan kira-kira 40 orang ahli AMK di bahagian Temerloh. Majlis dimulakan oleh ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Amran.di ikuti oleh ucapan oleh Ketua AMK Bahagian Temerloh, Sdr. Jamil.
Sdr. Zulfikar di dalam ucapannya pula menyeru supaya ahli AMK dapat memberi komitmen untuk menghadiri kongres Tahunan AMK yang dijangka akan dijalankan pada 28hb Nov 2008 di Selangor.Sdr. Rizal pula menyentuh tentang pentingnya kesatuan diantara ahli-ahli AMK dan juga peri pentingnya aktiviti berupa latihan perlu diadakan untuk ahli-ahli AMK.

Oct 24, 2008

Program Temu Rapat Dengan Pemuda Jerangsang

Pada 19hb Okt 2008, Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin telah berkesempatan untuk menghadiri program rehlah anjuran Pakatan Rakyat Jerangsang. Beliau menggantikan Sdr. Zakaria yang tidak dapat serta kerana menghadiri program yang lain di Jengka.

Kira-kira 25 orang pemuda menghadiri program tersebut yang diserikan dengan acara membakar lemang dan jamuan ringan.
Sdr. Rizal juga telah memberi sedikit taklimat mengenai
perkembangan semasa dan menekankan pentingnya perubahan politik di Malaysia dan Pahang ini diterajui oleh anak muda

Oct 22, 2008

Program AMK Pahang pada 24-Oktober 2008

1. Mesyuarat Agung PKR & AMK Bahagian Temerloh
Tarikh: 24 Oktober 2008 (Jumaat)Jam: 3.00 ptg
Tempat: SP Seminar Hall, Taman Rimba, Mentakab
Perasmian: Sdra Zakaria Abdul Hamid - Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Pahang

2. Mesyuarat Khas AMK Bahagian Kuala Krau
Tarikh: 24 Oktober 2008 (Jumaat)Jam: 5.00 ptg
Tempat: Felde Jenderak Utara
Perasmian: Sdra Rizal Jamin- Ketua AMK Negeri Pahang

Jamuan Hari Raya PKR Kuala Krau

Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin telah menghadiri jamuan hari raya PKR bahagian Kuala Krau pada 18-Okt-2008. Majlis yang bertempat di Pejabat Khidmat Masyarakat PKR Kuala Krau itu bermula pada jam 8 malam.Ia telah dihadiri kira-kira 500 orang penduduk setempat di dalam keadaan hujan yang lebat.Majlis juga diserikan dengan ceramah umum yang diberikan oleh beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat daripada DAP,PAS dan DAP.Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut adalah Dato' Fauzi Abdul Rahman,bekas Timbalan Menteri Penerangan, Sdr. Julian Leong, bekas aktivis Parti Gerakan, AJK DPP PAS Pusat dan pimpinan PKR Negeri

Oct 7, 2008

Judge rules for Anwar, trial to be heard in lower court

From Malaysian Insider
By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Oct 7 – Sessions Court judge SM Komathy Suppiah has ruled against the prosecution's application to transfer Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's Sodomy II trial to the High Court.She said the lower court had the power to hear the case.The decision represents a significant victory for Anwar's defence team.Anwar had objected to the application to transfer the case to the High Court because it was made by the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, who has been accused by Anwar of evidence tampering in an earlier case.The former deputy prime minister is charged with sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Oct 6, 2008

Laporkan Aktiviti Bahagian

saya bagi pihak AMK Pahang meminta para Ketua AMK atau AJK Bahagian memaklumkan segala aktiviti anda untuk kita bersama-sama berkongsi maklumat.

Kami kurang mendapat apa-apa maklumat untuk dihebahkan. Boleh hantar melalui email

Email : amkpahang@yahoo.com

SEKIAN

MESYUARAT AGONG BAHAGIAN BERA

Mesyuarat agong PKR Bahagian Bera serta Mesyuarat AMK Bahagian dan Jamuan hari Raya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa : 10 am - 1 pm

Jamuan : Jam 3 petang

Diminta semua ahli PKR Bera hadir tanpa alasan. Harapan kita mahu melihat PKR BERA terus berkembang dan mantap untuk persediaan PAKATAN RAKYAT menerajui Malaysia.

sekian