Oct 28, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan AMK Temerloh

AMK Temerloh telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK pada 24hb Oktober 2008 bermula jam 4pm.Program telah dihadiri oleh Setiausaha AMK Pusat, Sdr. Zulfikar Ali Ariffin, Pengerusi Perhubungan Negeri Sdr. Zakaria Abdul Hamid dan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal bin Jamin.Mesyuarat telah berjaya menghimpunkan kira-kira 40 orang ahli AMK di bahagian Temerloh. Majlis dimulakan oleh ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Amran.di ikuti oleh ucapan oleh Ketua AMK Bahagian Temerloh, Sdr. Jamil.
Sdr. Zulfikar di dalam ucapannya pula menyeru supaya ahli AMK dapat memberi komitmen untuk menghadiri kongres Tahunan AMK yang dijangka akan dijalankan pada 28hb Nov 2008 di Selangor.Sdr. Rizal pula menyentuh tentang pentingnya kesatuan diantara ahli-ahli AMK dan juga peri pentingnya aktiviti berupa latihan perlu diadakan untuk ahli-ahli AMK.

No comments: