Feb 17, 2009

Kes Terbaru Elizabeth Wong : Serangan Terancang BN - Malaysiakini


17hb Feb 2009 - AMK Pahang ingin melahirkan rasa simpati terhadap kes terbaru yang melanda ADUN Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong.Kalau dilihat dari corak serangan ini, ia agak sama dengan serangan yang dilakukan di Perak dan Kedah baru-baru ini.



Jika di Perak, Serangan ditumpukan kepada 2 ADUN yang mempunyai kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah,manakala di Kedah, bekas ADUN Bukit Selambau, YB Arumugam telah diugut berkenaan kes bigami yang diamalkan oleh beliau sejak lebih 10 tahun yang lalu menurut amalan yang dibenarkan oleh agama hindu.

Dan yang terbaru pada akhir minggu lepas, serangan diarahkan kepada YB Elizabeth yang merupakan EXCO negeri Selangor berkenaan gambar yang dirakamkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan ke media massa secara terpilih.
Justru itu, AMK Pahang berpendapat, lebih banyak lagi serangan-serangan yang sebegini akan dilakukan oleh BN kepada PR terutamanya di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.Diharapkan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen akan mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah dan mempertahankan PR dari serangan-serangan seumpama ini jika ianya berlaku dimasa hadapan - AMK Pahang

4 comments:

Waris Pahang said...

Kes Elizabeth : Tak Masuk Akal Ini Adalah Agenda BN.

Bonci Orang BN said...

Memang tak masuk akal ..gini cerito orang BN...Ini semua angkara Najib Tun antatunya....Depa da malu dgn pilihanraya dulu..depa tak ada cara lain depa main kotoq...kalau da jahat..jahatla..tula orang tua-tua ada berkata.."Buat jahat jangan sekali...ini lah padahnya bila da jahat seumur hidup akan jahat...Najib & kuncu-kuncunya..seperti kes ELIZABETH..depa suruh si toyol tu buat.jika Si TOYOL tu nak berkuasa...apa2 pun Depa ni memang tak makan saman cuma satu je..bila malaikat..cabut nyawa..baru depa tau...

podong said...

peringatan aku kp YB-YB PR. Jgn jual maruah anda kepada keparat UMNO. Nanti rakyat akan hukum anda. Jgn halal rasuah yg sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Malu kita di mata dunia>>>>>

org kuantan said...

Tak masuk akal..Salah satu penulis di Malaysia Kini ialah Sdr Tian Chua..Beliau besama2 Eli ke Taiwan..Low morality dari pimpinan PKR..