Jun 6, 2008

Ezam- Kepulangan Anak Yang Terbuang


“Kemasukan Ezam Mohd Nor kepangkuan UMNO menjadi topik yang hangat di dada akhbar tempatan. Namun begitu, ia mendapat sambutan yang dingin dikalangan ahli-ahli UMNO malah mereka begitu mencurigai akan kepulangannya”

Beberapa hari yang lalu, Ezam Mohd Nor pasti merasakan dirinya sebagai seorang bintang rock.Media memberikan liputan yang meluas terhadapnya. Gambarnya terpampang hamper diseluruh akhbar utama, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi menerima borang kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.
Kemasukan Ezam kembali kedalam UMNO bolehlah diumpamakan sebagai pulangnya anak yang terbuang, dan sebagaimana kisah anak yang terbuang, bukan semua orang bergembira dengan liputan yang diberikan kepada Ezam.Malah, seorang ahli politik UMNO dari kedah secara berterus terang mengatakan :”Tak Ada seorang pun yang saya temui gembira dengan perkara ini”

Walaupun kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO masih belum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi UMNO, ia telah menjadi satu tajuk yang paling panas di dalam UMNO sendiri. Pelbagai reaksi ditunjukkan daripada perasaan tidak percaya kepada Ezam hinggalah kepada menentang secara terang-terangan
“Secara jujurnya, saya masih sukar menerima perkara ini. Walaupun kita menerima keputusan pucuk pimpinan akan tetapi kami akan menhadapi kesukaran untuk memberi penerangan kepada ahli akar umbi,” kata Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO.
Rata-rata ahli UMNO tidak dapat melupakan perbuatan Ezam yang lantang menentang UMNO – semasa dia menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam telah mengikut jejak langkah Anwar keluar daripada UMNO pada tahun 1998 dan telah memainkan peranan utama di dalam gerakan reformasi. Beliau juga telah mendedahkan berita sensasi tentang ujudnya berkotak-kotak bukti tentang penyelewengan bekas menteri kanan Datuk Sei Rafidah Aziz.

Sejurus sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah minggu lepas,Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah memberitahu teman rapatnya bahawa beliau “ Masih rasa terbuku dihatinya tentang tuduhan-tuduhan yang telah Ezam buat terhadap Pemuda UMNO”

Usaha untuk membawa Ezam balik kepangkuan UMNO telah dibuat sejurus selepas PRU12 yang lalu.Statistik kajian menunjukkan UMNO telah bukan sahaja gagal untuk memenangi undi dari pengundi muda melayu bahkan mereka bersedia untuk memberi undi kepada DAP.
Sesuatu yang drastic perlu dilakukan oleh UMNO dan sekutu rapat Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO memerlukan personality lelaki yang agak kontroversi dan berperawakan muda sama seperti Datuk Azalina Othman Said yang telah berjaya menarik wanita muda kepada UMNO melalui Puteri UMNO.

Ezam, yang menjulang namanya melalui gerakan anti rasuah dilihat sebagai seorang tokoh yang boleh mengisi tempat tersebut. Pada usia 41 tahun, beliau adalah seorang yang mempunyai karisma, berupaya untuk berpidato dan memahami politik UMNO dan parti lawan.
“Kita boleh melihat beliau sebagai seorang yang boleh menyaingi PKR dan pemimpinya kerana beliau tahu selok-belok mengenai kekuatan dan kelemahan parti tersebut” ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Sebenarnya, Anwar telah menghantar beberapa perutusan untuk mempengaruhi Ezam supaya menimbang semula keputusan beliau menyertai UMNO. Walaupun langkah yang diambil oleh Ezam tidak akan memberikan impak yang besar kepada PKR, tetapi disebabkan beliau mengetahui urusan dalaman PKR, ia berpotensi untuk memberi kesan buruk kepada parti tersebut.

Ezam juga telah membawa bersama-sama beliau beberapa bekas pemimpin parti PKR. Walaupun mereka bukanlah tokoh besar semasa di dalam PKR, tetapi sudah terdapat beberapa telahan dikalangan ahli UMNO bahawa ini merupakan isyarat kemasukan semual pemimpin-pemimpin utama PKR termasuk Anwar ke dalam UMNO.
Ketidakpercayaan kepada Ezam tidak boleh dipandang rendah kerana di dalam lubuk hati beliau mungkin masih bersama Anwar, sepertimana yang dikatakan oleh seorang ahli politik UMNO “ Termpat Jatuh lagi dikenang, apa pula tempat bermain”

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan sentiment ahli-ahli UMNO apabila beliau mempersoalkan samada Ezam mungkin bertindak sebagai “Trojan Horse” daripada PKR.

Apa yang paling sukar untuk ditelan oleh UMNO adalah bagaimana seorang yang telah menderhaka kepada parti tersebut diberi layanan sebagai seorang hero pada saat kembalinya kepangkuan UMNO?. Ini akan memberi mesej yang tidak baik kepada ahli parti yang mana mereka boleh meninggalkan parti tetapi boleh kembali dengan sambutan yang hangat.
“Kita tidak boleh terlalu emosi mengenai siapa yang datang dan siapa yang pergi di dalam part. Sepertimana yang dimaklumi, tiada yang kawan atau musuh yang kekal di dalam politik. Hanya yang kekal adalah iltizam kita. Jikalau dia bagus, dia akan mendapat tempat” Komen Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa lebih banyak reaksi negatif dari kalangan ahli UMNO berbanding yang positif .
Anak yang terbuang ini akan menempuhi jalan yang sukar dan berliku sekembalinya kepangkuan UMNO

Terjemahan dari kolum COMMENT tulisan Jocelyn Tan The Star, halaman N20 Rabu 4-Jun-2008

No comments: