Jun 30, 2008

Tuduhan Liwat : Satu Lagi Strategi Terdesak BN

Seluruh negara dikejutkan lagi dengan tuduhan liwat terhadap Ketua umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pada Sabtu 29-Jun-2008.Kali ini ia melibatkan seorang pekerja sukarela di pejabat DSAI semasa Pilihanraya Umum yang lepas iaitu Saiful Bukhari.Modus operandi tuduhan ini adalah serupa dengan kes yang berlaku pada tahun 1998. Oleh itu umum berpendapat, ini adalah merupakan tindakan terdesak BN di dalam menghalang kemaraan Pakatan Rakyat(PR) dalam menawan Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Beberapa Sidang media telah diadakan oleh pimpinan PKR untuk menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pada sidang media pertama yang di adakan oleh Naib Presiden PKR sekitar pukul 2 a.m 30-Jun-2008, YB Sivarasa beliau menyatakan bagi pihak DSAI bahawa tuduhan terbaru yang dibuat melalui laporan polis Saiful Bukhari adalah satu konspirasi seperti tahun 1998 untuk membunuh karier politik beliau.



Pada pukul 1.30pm, 30-Jun-2008, Presiden Parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah mengadakan satu lagi sidang media dengan mendedahkan terdapat satu konspirasi diantara pemimpin kerajaan BN dengan Pejabat Peguam Negara dan Pihak Polis yang mendorong tuduhan terbaru ini. Beliau juga telah mendedahkan beberapa foto yang diambil oleh Saiful Bukhari dengan beberapa orang menteri dan juga Pegawai Timbalan Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri.



Pada sebelah petangnya YB Tian Chua telah mengadakan taklimat ringkas dilobi Hotel Qualiti Shah Alam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pimpinan PKR dan juga penyokong PKR terhadap DSAI dan keluarga.


Pada kira-kira pukul 5.30pm, penyokong-penyokong PKR yang diketuai oleh Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar yang ditemani oleh YB Fairuz TKM1 Pulau Pinang dan beberapa pimpinan AMK telah menmbuat beberapa penjelasan mengutuk tuduhan terbaru yang dibuat oleh Saiful terhadap DSAI. Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berkenaan konspirasi AG-IGP-BN di dalam kes ini




1 comment:

david santos said...

I loved this post and this blog.
Happy day