Jun 12, 2008

Perlancaran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM] @ Gelombang Merah

Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya. Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersesama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Ikatan Kebajikan Rakyat [IKRAR], Anwar Ibrahim Club [Anwar Ibrahim Club], Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak [GERAMM].

GERAMM yang mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblingan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara akan dilancarkan oleh saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia di pejabat Y.Bhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim di alamat seperti berikut :

Tarikh : 12 Jun 2008
Masa : 11 - 12 tengahari
Alamat: No. 17 Jalan 16/2, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web gelombang merah : www.geramm.org

2 comments:

Anonymous said...

kalau harga minyak naik. KERA jaan kata "kita tak boleh kawal ini pasaran dunia" kalau tol naik, kita ikut pasaran apa? pasar chow kit ke?

Adnan Mohamed Lazim said...

link kpd Blog KeADILan Cameron Highlands: https://pkrchighland.blogspot.com

Drpd: ADNAN ML Ketua Bah. PKR CHighlands