May 14, 2011
Demo Bantah Pembinaan Kilang Lynas (RADIOAKTIF)
AMBIL PERHATIAN!!!
MARI DATANG BERAMAI2 DI:
PEJABAT DAP KUANTAN, JALAN BESERAH (BERHAMPIRAN ZAM-ZAM)
PADA HARI AHAD 15 MAY 2011
JAM 1100 PAGI
BERPAKAIAN HITAM / OREN
POLIS PATUT JAGA KESELAMATAN, BUKAN KEPENTINGAN LYNAS: FAUZIAH - keadilandaily
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan polis supaya bertindak profesional dan bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam isu projek pembinaan loji proses nadir bumi, Lynas Corporation.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Saifuddin Ab Ghani yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan loji itu di Gebeng, Ahad ini.
“Tanggungjawab polis menjaga keselamatan orang awam. Tidak sepatutnya ketua polis sendiri yang keluarkan ugutan itu seoalh-olah polis menjaga kepentingan Lynas.
“Syarikat Lynas, adalah syarikat luar negeri yang membawakan risiko besar kerana memproses sisa nadir bumi yang mengandung radioaktif,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Katanya, demonstrasi dan bantahan yang diadakan penduduk Kuantan sebelum ini, dilakukan secara aman dan tidak berbahaya sepertimana ‘ancaman’ Lynas kepada penduduk.
“Kita harus lihat suara rakyat ini sama ada mampu menggugat keselamatan orang awam atau Lynas sebenarnya bakal mengancam keselamatan orang awam. Polis sebenarnya memilih langkah yang silap menjaga kepentingan Lynas berbanding keselamatan orang awam,” ujar Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau dalam pada itu, menyambut baik demonstrasi yang bakal dianjurkan DAP Kuantan pada 15 Mei ini bagi membantah pembinaan loji tersebut.
“Kenapa rakyat memilih untuk mengadakan demo dan protes adalah kerana kerajaan tidak mendengar rungutan masalah yang dihadapi mereka. Mereka jelas tidak mahu dengan apa yang kerajaan buat, cuma kerajaan tidak faham,” ujarnya.
Sementara itu, Fuziah turut mengulas kenyataan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Indsutri Malaysia (MITI), Mustapa Mohamed bagi mendapatkan panel khas mengkaji loji pemprosesan nadir bumi itu.
Beliau menganggap Mustapa sebagai cuba ‘bermain silap mata’.
“Sehingga ke hari ini, MITI tidak pernah melantik panel-panel pakar yang diumumkan pihaknya bagi mengkaji loji tersebut. Mustapa berjanji akan menjalankan kajian dan siasatan selama sebulan. Malangnya tempoh sebulan tersebut sudah hampir tamat.
“Malah permintaan daripada kami juga tidak diendahkan untuk mendapatkan lima orang warga Kuantan sebagai panel dalam kajian tersebut,” katanya.
Kata beliau, Mustapa April lalu mengumumkan untuk menangguhkan segala operasi Lynas, tetapi apa yang berlaku sebaliknya pembinaan bangunan loji Lynas tetap diteruskan.
“Semuanya akan berlaku pada September depan kerana lesen belum dikeluarkan. Saya yakin, panel yang mengkaji loji itu tidak mengambil kira soal persekitaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada rayat Kuantan,” ujarnya.
Beliau menyifatkan Lynas Corporation memilih untuk membina loji pemprosesan nadir bumi kerana sedar kelemahan undang-undang persekitaran yang diamalkan di Malaysia.
“Lynas mengambil kesempatan ekoran kelemahan undang-undang yang diamalkan Malaysia yang terdapat lompang dalam sistem pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini berbeza dengan undang-undang Australia yang begitu prihatin dengan keselamatan rakyat mereka,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
شركه مكافحه حشرات بالرياض
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة مكافحة الفئران بالرياض
شركة مكافحة الصراصير بالرياض
شركة مكافحة الحمام بالرياض
شركة رش مبيدات بالرياض
شركة رش دفان بالرياض
شركة رش مبيدات بالخرج
Post a Comment