25hb & 26hb April 2009 - Ketua PKR Bahagian Bentong Sdr. Osman berserta dengan AJK telah merasmikan penubuhan cawangan PKR di Bilut dan juga Simpang Pelangai. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin, Ketua AMK Bentong Sdr. Nizam, Setiausaha PKR Bahagian Cikgu Fendi, Ketua Wanita Kak Dasimah serta AJK bahagian dan AJK AMK. Selepas bermesyuarat di Simpang Pelangai, satu perlawanan persahabatan sepaktakraw telah diadakan diantara AMK Bilut dan Belia Kampung Batu Gajah,Pelangai. Perlawanan berkesudahan dengan Pasukan Kg. Batu Gajah telah menewaskan AMK Bilut dengan 3-0.Sumbangan sebanyak RM50 telah disampaikan kepada pasukan yang mengambil bahagian.
Apr 28, 2009
Apr 13, 2009
PRK Bukit Gantang : Malam Meraikan Kemenangan



PRK Bukit Gantang : Sekitar Hari Mengundi

7hb April 2009 - AMK Pahang telah ditugaskan untuk melakukan Rayuan Undi di daerah mengundi Ayer Putih dan juga Taman Kaya.Kedua-dua daerah tersebut telah mencatatkan kemengangan besar kepada PR dengan majoriti melebihi 300 undi.Apayang yang lebih memberangsangkan, saluran pengundi tua juga telah memihak kepada PR.
Semasa sedang berkempen, sebuah kereta milik AMK Perak telah melalui jalan menghala ketempat pembuangan undi dengan membawa Keranda yang memaparkan foto Altantuya, Najib dan Rosmah mansor. Ia telah menarik perhatian para pemerhati. Malangnya, kereta tersebut telah ditahan oleh pihak polis di kawasan Trong.

PRK Bukit Gantang : Makan Malam Anjuran AMK Perak

Sekitar Kempen PRK Bukit Selambau : BN bertindak Ala Gangster
5hb April 2009 : Ketua AMK Pahang,Timbalan Ketua AMK dan Penolong Setiausaha Sdr. Zainuddin telah melawat Bukit Selambau untuk meninjau aktiviti kempen di sana.Kempen agak tegang di sana dimana petugas-petugas PKR sentiasa di ugut oleh samseng-samseng yang mungkin diupah oleh pihak lawan. Sdr. Saravanan, EXCO AMK Malaysia yang juga Naib Ketua AMK Pahang telah ditolak oleh beberapa orang petugas BN/MIC yang telah merempuh masuk bilik gerakan PKR di Padang Lalang.

Subscribe to:
Posts (Atom)
