Apr 10, 2010
Mar 1, 2010
Perkembangan Projek Tanaman Tebu Di Lipis
Feb 2010 - Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin sempat meluangkan meninjau perkembangan projek Tanaman Tebu yang diusahakan oleh ahli AMK Lipis di Kg. Budu yang terletak di DUN Benta.Projek yang dijalankan diatas tanah terbiar seluas 8 ekar tersebut dijangka akan mengeluarkan hasil mulai bulan Julai. Diharapkan peserta projek akan mendapat tambahan pendapatan daripada usaha yang dijalankan.
.jpg)
Jan 25, 2010
Kenyataan Media AMK Pahang berhubung Perletakan Jawatan YB Azan Ismail
25 Januari 2010 – Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Pahang menghormati dan menerima baik perletakan jawatan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri II YB Azan Ismail yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota.
AMK berpandangan bahawa keputusan beliau tersebut didorong oleh keazaman beliau untuk menumpukan perhatian yang lebih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakili oleh beliau iaitu Indera Mahkota.
AMK juga berpendapat bahawa, kepimpinan KeADILan Pahang sekarang yang diterajui oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman akan dapat mencari pengganti kepada YB Azan dalam masa yang terdekat sekiranya beliau kekal dengan keputusan untuk meletak jawatan.KeADILan Pahang mempunyai ramai pimpinan yang kanan dan berpengalaman seperti Sdr. Zakaria Abdul Hamid (Mantan Pengerusi Perhubungan Negeri), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tuan Hj. Abbas Hj Awang (Bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan) dan juga tokoh-tokoh yang lain yang berupaya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YB Azan.
Apa yang pasti, AMK Pahang akan memberi sokongan padu kepada pimpinan Negeri terhadap sebarang keputusan yang dibuat berhubung dengan jawatan Timbalan Pengerusi II Perhubungan Negeri di dalam usaha untuk KeADILan dan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Pahang pada PRU-13 dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan adil kepada Rakyat Negeri Pahang.
Sekian Terima Kasih
Rizal bin Jamin
Ketua AMK Pahang
013-9310950
Jan 21, 2010
Perihal Keperihatinan Kerajaan BN Kepada Nasib Rakyat
Terkejut, Sedih dan Marah dengan berita yang diterima dari Bintulu Sarawak.Perkampungan kaum Iban di Sekabai, Tatau Bintulu Sarawak telah dirobohkan oleh Kerajaan BN hari ini.Begitulah sikap Kerajaan BN, tanpa mempedulikan nasib rakyat mereka akan melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan kroni-kroni merekaMesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat
1. Tempat : Pejabat Perhubungan PAS Pahang, Temerloh
2. Tarikh/Masa : Ahad 24 Jan 2010/2.30pm
Untuk membincangkan aktiviti-aktiviti bersama sayap Pemuda Pakatan Rakyat
Jan 19, 2010
Sekitar Konvensyen & Makan Malam Perdana Parti Keadilan Rakyat Pahang
Jan 11, 2010
Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Pahang
Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan melawat Negeri Pahang pada hari Ahad ini, 17 Januari 2010.Beberapa program telah dirangka untuk beliau sempena lawatan tersebut : 2. Makan Malam Perdana di Kuantan di Restoran Tan Jung,
.jpg)



