Apr 28, 2009

Bentong : Penubuhan Cawangan Bilut & Pelangai & Perlawanan Persahabatan Sepaktakraw

25hb & 26hb April 2009 - Ketua PKR Bahagian Bentong Sdr. Osman berserta dengan AJK telah merasmikan penubuhan cawangan PKR di Bilut dan juga Simpang Pelangai. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua AMK Pahang, Sdr. Rizal Jamin, Ketua AMK Bentong Sdr. Nizam, Setiausaha PKR Bahagian Cikgu Fendi, Ketua Wanita Kak Dasimah serta AJK bahagian dan AJK AMK. Selepas bermesyuarat di Simpang Pelangai, satu perlawanan persahabatan sepaktakraw telah diadakan diantara AMK Bilut dan Belia Kampung Batu Gajah,Pelangai. Perlawanan berkesudahan dengan Pasukan Kg. Batu Gajah telah menewaskan AMK Bilut dengan 3-0.Sumbangan sebanyak RM50 telah disampaikan kepada pasukan yang mengambil bahagian.

4 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

macam mana nak daftar AMK? Saya orang lanchang.

Mrkolumpo said...

kalau turun pelangai lagi kasitau lah saya..kg saya tuhhh

AMK Pahang DM said...

Salam Raja Fiqri & Mr. Kolumpo,

Tq sebab lawat Blog AMK Pahang. Kami amat mengalu-alukan sokongan saudara berdua dan harap ramai lagi yang dapat menolong kita di Pahang.Untuk keahlian saudara boleh email saya di rizal_jamin1972@yahoo.com dan kita berhubung dari sana...

abang zack said...

syabas......saya anak Bilut dan kini sebagai ketua penerangan cabang setiawangsa....saya amat berharap dapat aktif juga di bilut