May 22, 2009

Aktiviti AMK Pahang di Rompin

Pada sebelah malam 16hb Mei 2009 satu ceramah anjuran bersama AMK/PKR bahagian Rompin dengan dibantu PAS kawasan Rompin telah diadakan di Maskas PAS FELDA Keratong 8.Penceramah yang dijemput adalah PPN PKR Pahang Dato' Fauzi Abd. Rahman, Ketua AMK Pusat, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dan Ust, Nasir, DPP PAS Kawasan Rompin.
Di dalam ucapannya Dato' Fauzi telah menyentuh mengenai kaedah pentadbiran BN dinegeri Pahang yang tidak cekap menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan negeri, manakala Sdr. Shamsul Iskandar pula telah menghuraikan kemelut politik di Perak dengan panjang lebar.
Pada pagi 17hb Mei Mesyuarat bulanan AMK Pahang telah diadakan di FELDA Keratong 3 dimana Sdr Shamsul telah memberi taklimat mengenai pindaan perlembagaan PKR pada Kongres khas yang bakal diadakan pada bulan Jun yang akan datang.
Pada kira-kira pukul 11.30am, Sdr Shamsul telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan karom anjuran AMK bahagian Rompin

No comments: