Jul 2, 2008

Amaran Anwar Kepada BN : Jangan Alihkan Isu !!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) membuat penampilan sulung dalam acara rapat umum setelah meninggalkan kediaman duta Turki di ibu negara hari ini 2-Jul-2008 jam 9 malam di stadium Melawati Shah Alam Selangor.Kira-kira lebih dari 10,000 orang telah membanjiri stadium tersebut untuk mendengar amanat dan penerangan dari beliau.
Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar telah membuka majlis pada malam tersebut dengan ikrar bahawa AMK akan berjuang berhabis-habisan bersama-sama DSAI dan juga pimpinan PKR yang lain di dalam menangani tomahan terbaru terhadap DSAI
Di dalam pidatonya, DSAI menegaskan beliau telah memaafkan individu yang terlibat di dalam tuduhan pertama yang dilemparkan kepadanya pada tahun 1998.Walau bagaimana pun beliau menyatakan pihak yang terbabit masih tidak insaf dan tidak mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut dan telah melancarakan serangan kedua dengan menggunakan modus operandi yang sama seperti yang sebelumnya. Oleh yang demikian beliau akan melawan habis-habisan samada di gelanggang mahkamah mahupun di gelanggang politik.
DSAI juga mendedahkan bahawa beliau mempunyai pengakuan bersumpah individu yang masih dirahsiakan identitinya bahawa terdapat beberapa siri pertemuan di antara Rosmah Mansor dan Saiful Bukhary beserta beberapa individu lain yang disyaki berkomplot di dalam kes terbaru ini.Menurut beliau tuduhan terbaru ini tidak lain hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan kerajaan BN di dalam mentadbir negara ini dari segi politik dan juga ekonomi. Akibat dari kelemahan kepimpinan BN ini daya saing negara telah merosot berbanding dengan negara Asia yang lain.Justru itu, menurut beliau kerajaan BN mesti memberi laluan kepada Pakatan Rakyat(PR) supaya martabat Malaysia dapat di angkat dari segenap segi melalui kepimpinan beliau dan juga pimpinan PAS dan DAP.
Beliau juga telah menegaskan bahawa proses mengambil alih Putrajaya masih mengikut jadual dan beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai Ahli Parlimen BN yang akan berhijrah menyertai pakatan rakyat dan juga perancangan beliau untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil. Majlis berakhir kira-kira pukul 11.30 malam

No comments: