Jul 21, 2008

Terjemahan Surat Terbuka Mengenai Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dari ISLAMICA ONLINE

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang –

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. – Surah Al-Hujurat Ayat 9-10”


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Kami, yang menandatangani surat seperti di bawah, sesungguhnya percaya bahawa Saudara Datuk. Seri Anwar Bin Ibrahim ada seorang yang mempunyai etika dan juga moral yang sangat tinggi, seorang muslim yang taat malah seorang ayah dan suami yang sangat setia. Beliau yang dikenali diseluruh dunia sebagai seorang jaguh untuk keadilan dan kesaksamaan, dan juga beliau mempunyai sejarah yang panjang dalam dakwah islam dan menjadi tonggak etika islam dan untuk tujuan kebajikan


Kami berasa sangat gusar tentang keselamatan dan kebebasan Saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kami juga berasa bimbang dengan tuduhan yang tidak berasas dan liar yang telah dibuat terhadap beliau dan karakter beliau.Tuhan telah berfirman di dalam Al Quraan bahawa :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. - Surah Al-Hujurat Ayat 12”

Malaysia yang kami cintai kini menjadi salah satu model negara Islam yang membangun. Ia menjadi contoh kepada kejayaan negara islam moden dan juga menjadi contoh kepada negara islam yang lain.Ini adalah disebabkan oleh kurnia Allah dan kemudiannya kerana kegigihan dan sumbangan yang bersejarah oleh bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohammed dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (antara lainnya). Setiap individu muslim yang mengetahui akan Malaysia berasa bangga dan menghargai akan daya usaha ini.Sementara itu, setiap muslim yang mengetahui dinamik politik di Malaysia pasti menghargai akan keampuhan kepimpinan politik di Malaysia yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir semasa era kepimpinannya dan juga kebaikan dan juga kesabaran yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada ummah hari ini.


Sesungguhnya, mungkin disebabkan oleh keunggulan Malaysia di kalangan ummah dan juga seantero dunia, kami ingin menekankan bahawa seluruh dunia islam sedang memberikan perhatian yang teliti tentang pendekatan dan layanan yang diberikan kepada yang dihormati dan dimuliakan, saudara kita Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kami ingin tegaskan bahawa kami tidak berniat untuk campur tangan di dalam hal ehwal politik Malaysia mahupun juga perundangan sivil dan jenayah di Malaysia, yang mana ia adalah merupakan hak mutlak rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kisah silam yang berlaku sepuluh tahun yang lepas di mana Saudara Anwar Ibrahim telah dibiarkan terlantar kaku setelah dipukul semasa di dalam tahanan polis masih berlegar di kotak fikiran kami.Ini merupakan satu perlekehan terhadap sistem keadilan dan perundangan di dalam sebuah negara islam yang membangun seperti Malaysia.Kami masih berasa sungguh malu dengan imej yang masih menghantui ingatan kita semua. Jadi, sayugia diingatkan saudara-saudara islam kami di Malaysia bahawa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengingatkan kita bahawa keadilan adalah objektif utama setiap kerajaan menurut pandangan islam.Dan, Allah s.w.t juga telah berfirman di dalam Al-quraan yang maksudnya :

“Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). – Surah Al-A’raf ayat 29”

Dengan itu kami merasakan kita mempunyai hak – dan sesungguhnya, menjadi satu kewajipan di dalam islam untuk menyeru pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan satu siasatan yang adil, telus dan resolusi yang adil kepada isu ini dan seterusnya menjamin keselamatan, kebebasan fizikal akan yang dihormati dan yang dimuliakan Saudara Anwar Ibrahim.Allah berfirman di dalam Al- Quraan :

“Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.- Surah Al-Baqarah Ayat 147”

Tambahan pula,memandangkan akan implikasi politik dan keadaan semasa insiden terbaru ini, dikaitkan pula dengan insiden sebelum ini di tahun 1998 dimana tuduhan yang sama telah dilakukan – dimana ia telah menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipenjarakan selama 6 tahun. Penghakiman tersebut telah di sanggah oleh rakyat awam – ini disebabkan oleh integriti pihak berkuasa yang mengendalikan kes tersebut adalah dipertikaikan oleh semua pihak.Kami merasakan bahawa kami bertanggungjawab secara moralnya untuk menyatakan akan kekhuatiran akan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dilakukan oleh pihak berkuasa yang mengendalikan kes ini sekarang ( dimana kepimpinan pihak berkuasa tersebut iaitu Polis dan Peguam Negara adalah individu yang sama mengendalikan kes pada tahun 1998) tanpa penglibatan,ketelitian, kebebasan dan bebas dari pengaruh politik.Allah berfirman di dalam Al Quraan

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. – Surah Al Nahl Ayat 90”

Akhirnya, kami merasakan bertanggungjawab secara moral untuk menegaskan bahawa agama kita dan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w menganggap bahawa tuduhan palsu seperti ini boleh membawa kepada kesan yang amat besar. Sesungguhnya, di dalam perundangan islam, tuduhan sebesar ini yang tidak disokong oleh empat saksi yang tidak diragukan tertakluk kepada hukuman undang-undang terhadap si penuduh itu sendiri(Qazaf).Walaupun begitu apa yang paling merisaukan dan merbahaya adalah fitnah yang dilemparkan terhadap Saudara Anwar Ibrahim mempunyai tujuan yang amat jahat untuk memusnahkan peribadi beliau. Allah berfirman di dalam Al –Quraan :

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". – Surah An Nur 15-17”

Walaubagaimanapun, kepercayaan yang tulus terhadap Allah s.w.t. dan sentiasa berharap kepada pemerintah tertinggi politik di Malaysia, akan insyaallah dapat mencapai penyelesaian yang tulus dan adil dari situasi yang menganggu ini.Allah berfirman di dalam Al Quraan :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.- Surah Al Imraan Ayat 104”

Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh


Ditandatangani oleh ( Mengikut urutan Abjad)
Dr. Abubaker Al-Shingieti
President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)
Prof. Dr. Akbar Ahmed
Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK
Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri
Founder and Director, Taba Institute, United Arab Emirates
Mr. M. Ali Lakhani
Founder and Editor of Sacred Web: A Journal of Tradition and Modernity, Canada
Dr. Anas Al-Shaikh-Ali
Chair, Association of Muslim Social Scientists UK
Academic Advisor, International Institute of Islamic Thought, London
Ms. Amina Rasul
Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines
Prof. Dr. Aref Ali Nayed
Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia
Asst. Prof. Dr. Caner Dagli
College of the Holy Cross, Worcester MA, USA
H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić
Grand Mufti and Head of Ulema of Bosnia and Herzegovina
Prof. Dr. Din Syamsuddin
President, Central Board of Muhammadiyah, Indonesia
Mr. Eboo Patel
Founder and Executive Director, Interfaith Youth Core, USA
Ms. Farah El-Sharif
President, Muslim Students Association, Georgetown University, USA
Shaykh Faraz Rabbani
Hanafi Scholar; Instructor, The Razi Institute, Canada
Dr. Faroque Khan
Chairman, Islamic Center of Long Island, NY, USA
Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal
Chairman of the Board of the Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Jordan
Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti
Hadramaut, Yemen
Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton
Writer on Islam, UK
Dr. Ibrahim Kalin
Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey; Asst. Prof. Georgetown University, USA
Prof. Dr. Ingrid Mattson
President, The Islamic Society of North America (ISNA)
Dr. Jamal Barzinji
Vice-President, International Institute of Islamic Thought, USA
Dr. Jonathan Brown
Assistant Professor, University of Washington, USA
Dr. Marve Kavakci
George Washington University
Dr. Mohammad Fadel
Assistant Professor of Law, University of Toronto, Canada
Dr. Mohamed Bechari
President of the National Federation of Muslims of France (FNMF); Secretary-General of The Islamic European conference (EIC/CIE); Vice-President of the Foundation of Islamic Works of France (FOI); President-Rector de of the Avicenna Institute (IASH), France
Mohamed H. Marei
Founder and Director, Qasid Institute, Jordan
Hafiz Moez Masoud
Host of Al-Tariq Al-Sah television show, Cairo, Egypt
H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann
Author and Muslim Intellectual, Germany
Mr. Musa Saket
Chairman of the Board, Al-Salam Audio Media (Hayat Fm), Jordan
Prof. Dr. Mustapha Cherif
Muslims Intellectual; Former Minister of Higher Education and Former Ambassador, Algeria
Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui
Islamic Scholar and Theologian; Chairman of the Fiqh Council of North America, USA
Dr. Nabil El-Sharif
Editor- in-Chief, Al-Dustour Daily Newspaper, Jordan
Mr. Nihad Awad
National Executive Director, Co-Founder
Council on American-Islamic Relations (CAIR), USA
Shaykh Nuh Ha Mim Keller
Author and Educator, Jordan
Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi
Author and Muslim Scholar, UK
H.E. Prof. Dr. Rusmir Mahmutcehajic
Professor, Sarajevo University; President of the International Forum Bosnia; Former Vice President of the Government of Bosnia and Herzegovina
Prof. S. Abdallah Schleifer
Distinguished Professor, The American University of Cairo; Founder and former Director of the Adham Center for Journalism (AUC); former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel
Dr. Sayyid Syeed
ISNA Secretary-General, USA
Dr. Sherman A. Jackson
Arthur H. Thurnau Professor of Near Eastern Studies, University of Michigan; Co-Founder The American Learning Institute for Muslims, USA
Mr. Sohail Nakhooda
Editor-in-Chief, Islamica Magazine
Prof. Dr. Sulayman S. Nyang
Howard University, USA
Dr. Tawfik Awji
Beirut Islamic University, Lebanon
Dr. Yusuf Islam
Composer and Philanthropist, Islamia Schools Trust, London, UK
Dr. Yousuf Zia Kavakci
Director Islamic Association of Northern Texas and Member Fiqh Council of North America

No comments: