Aug 28, 2008

Ragam AMK Pahang Di Permatang Pauh

Berikut dikamkan beberapa gelagat kontinjen AMK Pahang semasa membantu jentera PKR di dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas




Kumpulan Jentera AMK Pahang membantu jentera PKR Pahang dalam menembusi kubu kuat UMNO di Kampung Tembusu, Di dalam daerah mengundi Guar Perahu Penanti pada 23 Ogos 2008 3 petang



Petugas-Petugas AMK Pahang sedang berehat semasa membuat persiapan untuk menjayakan ceramah umum Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bilik Gerakan AMK Pusat di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya pada 20 Ogos 2008


Ketua AMK Malaysia dan Presiden MTUC Syed Shahir sedang mengadakan sidang akhbar meminta majikan di Seberang Jaya untuk memberikan perlepasan kepada pekerja mereka untuk membuang undi pada 26 Ogos 2008


Petugas-petugas dari Skuad AMK Pahang sedang membantu persiapan pilihanraya dan juga memantau poster-poster dan kain pemidang yang dipasang oleh BN

Aug 18, 2008

Lagu Can Mali Can Versi AMK Pahang

Lihatlah betapa bersemangatnya AMK Pahang selepas memberikan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon 16 Ogos 2008 yang lepas.Mereka bernyanyi riang walaupun kesejukan akibat ditimpa hujan lebat selepas penamaan calon


AMK Pahang Mula Beraksi Di Permatang Pauh











Sabtu 16 Ogos 2008 - Delegasi AMK Pahang yang diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr, Hatta telah memulakan hari seawal jam 5 pagi. Semua petugas telah dikejutkan untuk bersiap dan telah bersarapan pagi disebuah warung berdekatan dengan pusat penamaan calon.


Orang ramai telah mula berpusu-pusu memenuhi ruang disekitar tempat penamaan calon iaitu Institut Pendidikan Tuanku Bainun bermula jam 7.30 pagi. Skuad AMK Pahang telah mengambil tempat dengan menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Anwar " bersempena dengan ulang tahun Dato' Seri Anwar yang ke 61.
Kira-kira Jam 11.45 pagi, pegawai SPR telah mengumumkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ditentang oleh 2 calon yang lain dari BN dan AKIM. Pengumuman tersebut telah disambut dengan muzik Tarian Naga dan muzik tradisi kaum India.





Aug 13, 2008

AMK Pahang Ke Permatang Pauh





13hb-Ogos 2008 - PKR Pahang dengan sokongan AMK Pahang telah menghantar seramai 20 orang petugas sepenuh masa bagi membantu jentera PKR di dalam menghadapi Pilihanraya Permatang Pauh. Para petugas telah berkumpul di hentian rehat Jejantas PLUS Sungai Buloh menghala ke utara pada pukul 1.30 p.m.


Pengerusi perhubungan negeri Sdr. Zakaria Abdul Hamid di temani oleh Ketua AMK Pahang. Sdr. Rizal mengucapkan selamat jalan kepada delegasi petugas.Secara kebetulan, S/U Agung PKR, Dato' Salleh yang berhenti rehat di perhentian tersebut telah turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat jalan kepada pada petugas.

Aug 8, 2008

Foto Sekitar Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bentong pada 5hb Ogos 2008















Skuad Angkatan Muda (AMK)
dari Kuala Lipis Bergambar di atas pentas
















Timbalan Ketua AMK Bentong Sdr. Eri Bersama

dengan Ketua PKR Bahagian Bentong Sdr. Ram




















Pentas yang sedang dihias bagi menyambut

kedatangan DSAI

Aug 6, 2008

Siri Jelajah Menuju Putrajaya Di Bentong

Umum mengetahui mutakhir ini harga minyak petrol telah mulai turun dari RM 135 setong kepada sekitar RM 120 setong. Perubahan harga ini mendorong kita untuk terus komited menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Rentetan daripada perkembangan baru ini, saya menjelaskan bahawa jika hari ini Pakatan Rakyat memerintah, esok harga minyak petrol turun sebanyak 70 sen. Mesej ini saya sampaikan di sepanjang siri ceramah saya dan yang terbaru di Bentong, malam semalam.

Berikutan pengumuman ini maka adanya tuduhan dilemparkan kononnya mekanisme penurunan harga minyak yang saya anjurkan bersifat populis. Pemilihan perkataan tersebut sememangnya melucukan. Ianya bertujuan menyembunyikan fakta jelas iaitu hasrat kita ialah untuk meringankan beban rakyat. Kita tidak populis, kita pro-rakyat! Kelemahan Barisan Nasional yang diketuai Umno di dalam mengurus ekonomi serta menyalahguna khazanah negara tidak lagi boleh dibiarkan.

Matlamat kita ke Putrajaya bagi memastikan perubahan berlaku dan institusi-institusi kenegaraan dipulihkan. Ekonomi berada dalam keadaan gelita manakala mutu pendidikan merudum!

Dan saya percaya semua rakyat Malaysia juga berkongsi keresahan ini. Pujangga besar Muhammad Iqbal dalam karyanya Zabur-e-Ajam tepat sekali dalam mengungkapkan hasrat Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan:

Membakar semangat baru untuk bangsa dan zaman ini; Memberi nyawa baru pada jasad yang telah tua.

ANWAR IBRAHIM

Aug 4, 2008

Konvoi Mer... De.... Ka!!!




























































Program X-Plorace Merdeka pada 2 Ogos 2008 di Bera berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pelepasan konvoi disempurnakan oleh Pengerusi PKR Negeri Pahang Sdr Zakaria selepas ceramah Kempen Keselamatan Jalanraya oleh pegawai polis traffic. Perasmian Explorace Merdeka oleh ketua AMK Malaysia Sdr Shamsul Iskandar.

Kami dari AMK Bera mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Juga kepada pihak polis yang memberikan kerjasama yang penuh didalam program ini. Semoga pamuda Pakatan Rakyat akan lebih mantap dan proaktif didalam mencorakan arus politik tanahair.

SUARA PEMUDA SUARA KERAMAT