

Sabtu 16 Ogos 2008 - Delegasi AMK Pahang yang diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr, Hatta telah memulakan hari seawal jam 5 pagi. Semua petugas telah dikejutkan untuk bersiap dan telah bersarapan pagi disebuah warung berdekatan dengan pusat penamaan calon.



Orang ramai telah mula berpusu-pusu memenuhi ruang disekitar tempat penamaan calon iaitu Institut Pendidikan Tuanku Bainun bermula jam 7.30 pagi. Skuad AMK Pahang telah mengambil tempat dengan menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Anwar " bersempena dengan ulang tahun Dato' Seri Anwar yang ke 61.
Kira-kira Jam 11.45 pagi, pegawai SPR telah mengumumkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ditentang oleh 2 calon yang lain dari BN dan AKIM. Pengumuman tersebut telah disambut dengan muzik Tarian Naga dan muzik tradisi kaum India.
No comments:
Post a Comment