Mar 2, 2009

Program Rapat Mesra dengan AMK Pahang Zon Tengah

28hb Feb 2009 (Sabtu) : AJK AMK Pahang yang diketuai oleh Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin telah bersama-sama AJK yang lain iaitu Timb Ketua AMK Sdr. Hatta,Setiausaha Sdr. Shamsul Kamar dan rakan-rakan yang lain telah menjalankankan program turun padang pada hari sabtu yang lepas.Tujuan utama program adalah untuk berkenalan dengan AJK AMK Bahagian dan cawangan dan seterusya mendapat taklimat dari bahagian berkenaan dengan perkembangan AMK bahagian masing-masing.




















1. Program yang terlewat lebih 1 jam itu dimulakan di Felda Kota Gelanggi 2 dimana semua AJK telah bertemu dengan AMK Bahagian Jerantut (Cawangan Kota Gelanggi 2).Ketua Cawangan PKR Kota Gelanggi 2 Sdr. Rosli telah mempengerusikan majlis dan memberikan sedikit taklimat berkenaan perkembangan cawangan tersebut.Dipersetujui juga untuk AMK mengadakan aktiviti yang berbentuk kesukanan di Felda Kota Gelanggi dalam masa yang terdekat ini.Turut hadir adalah AJK AMK Jerantut Sdr. Naim,Sdr Wan dan Ketua AMK cawangan Kota Gelanggi iaitu Sdr. Roslan.


2. Program yang ke-dua untuk hari itu dilangsungkan di Felda Jengka 2 pada kira-kira pukul 6.30pm.Ketua PKR bahagian Maran, Sdr. Bostamim berserta dengan AJK AMK Bahagian Maran iaitu Sdr. Omar, KG, Seri,Johari dan lain-lain telah membincangkan untuk mengadakan satu sesi Berkelah di Lubuk Yu di Ulu Jempol Maran dalam masa terdekat. Program ini akan melibatkan semua ahli AMK di sekitar Pahang tengah termasuk Maran,Jerantut,Temerloh,Bera dan Kuala Krau.



































3. Pada sebelah malamnya, AJK AMK Pahang telah menghadiri Mesyuarat bulanan AMK Kuala Krau yang dijalankan serentak dengan mesyuarat wanita bahagian.Majlis turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR Pahang iaitu Puan. Nancy.Mesyuarat telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti sukan secara bersama dimana acara yang dicadangkan adalah Perlawanan Bolasepak Sembilan sebelah di Felda Jenderak Utara.












1 comment:

Anonymous said...

macam mana sebenarnya perjalanan program ni? saya tak paham sgt macam mana jadual perjalanannya. Apa kata diletakkan jadual di tepi blog sebagai rujukan.