Sep 18, 2008

Dari Malaysiakini : Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".
Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Sementara itu, Bernama memetik perdana menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, sebagai berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
AMK Pahang berpendapat sekali lagi PM Abdullah menunjukkan sikap "Flip-Flop" beliau di mana pada 16hb-Sep-2008 ketika ditanya oleh wartawan tentang surat yang dihantar oleh Pakatan Rakyat yang kandungannya antara lain menggesa kerajaan supaya tidak menggunakan ISA keatas Ahli Parlimen, Abdullah dengan tegasnya mengatakan bahawa beliau tidak akan menggunakan ISA keatas mana-mana ahli politik. Tetapi pada sidang akhbar semalam, seolah-olah beliau sudah memberi gambaran bahawa ISA akan dikenakan keatas DSAI.
Justeru itu AMK Pahang menyeru seluruh lapisan masyarakat supaya menyatakan menyatakan pendirian kita menentang penggunaan ISA untuk kepentingan politik Abdullah.

2 comments:

Anonymous said...

Anonymous Says:
The Coward Flip Flop is nothing but indeed a Coward Flip Flop and now intended to cling on to power via hiding behind the use of ISA knowing fully very well that his Government has technically collapsed.
What is the big deal in Swapping the Portfolio from a corrupted incompetent Flip Flop to another corrupted incompetent C4 cheats as tyro Finance Minister, do you think there could be any improvement to the lives of Malaysians, could there be any relief to the hardships suffered by the people of Malaysia with this swap??? It could just be worse off as from the frying pan into the fire???

Anonymous said...

APALAH NASIB RAKYAT MALAYSIA DAPAT PM NYANYUK! BANYAK- BANYAK RAJA KAT MALAYSIA HANYA RAJA PETRA KAMARUDDIN SAJA YANG PERIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT!
TENGOKLAH DALAM MANA-MANA CERITA SEPERTI ZORRO, ROBIN HOOD, HANG JEBAT, CUKUP KITA FAHAMI BAHAWA ORANG YANG JADI HERO RAKYAT PASTINYA MUSUH KEPADA PIHAK YANG BERKUASA! KENAPA TIDAK YANG BERKUASA MENJADI HERO RAKYAT??? BUTAKAH DENGAN MASALAH RAKYAT YANG DAH LAMA LOYA MUNTAH DARAH DENGAN BEBANAN TINDAKAN PEMERINTAH? KENAPA TAK PRIHATIN? KERANA DAH LAMA SANGAT BERKUASA JADI LALI DAN PEKAK DAN BUTA HATI?MALAS NAK PENING KEPALA FIKIR MASALAH RAKYAT. YANG PENTING DAPAT GAJI SETIAP BULAN DGN PERTAHANKAN KUASA!