Sep 11, 2008

Misi 16 September.....dipetik dari blog Ketua AMK Malaysia

Ketika memikirkan tajuk entri blog hari ini, teman-teman telah mencadangkan supaya saya mengambil contoh di dalam filem Nujum Pak Belalang. Di dalam filem ini, ketika berlakunya pertandingan di mananegara menjadi taruhan di antara nujum pak belalang dengan nujum dari negara Masai, rakyat telah menunggu keputusan di luar istana. Pertandingan tersebut pada awalnya dimenangi oleh nujum pak belalang di mana di luar istana, rakyat bersorak kegembiraan sambil berteriak menang 1 - 0.

Hari ini di Mahkamah, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang lagi. Puan Hakim telah memberikan kebenaran untuk kes ini ditangguhkan ke 24 September 2008 walaupun terdapat bantahan daripada Dato Yusof Zainal Abidin, Ketua Unit Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara. Dato Yusof telah mengemukakan arahan terbaru pendakwaan yang ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail untuk kes ini dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Memandangkan arahan itu baru ditandatangani semalam dan diserahkan kepada peguambela hari ini, maka Puan Hakim S.M Komathy telah memberikan penangguhan supaya pihak pembelaan dapat menyediakan hujahan mereka. Saya kagum dengan Puan Hakim di mana sindiran beliau bahawa “I have been here for the past 26 years” menunjukkan satu signal bahawa beliau sendiri ingin mendengar kes ini.

Apapun, dengan perkembangan terbaru ini, Insya Allah jalan ke Putrajaya itu nampak lebih meyakinkan. Di dalam filem Nujum Pak Belalang, ianya diakhiri dengan kemenangan 5 - 0. Setakat ini YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menang 3 kali. Kali pertama semasa kes ini disebut pada 7/8/2008 di mana terdapat usaha untuk menghalang beliau daripada diikat jamin. Kali kedua ialah pilihanraya kecil permatang pauh, kali ketiga, kes hari ini, mungkin kali keempat, “cross-over” ahli-ahli Parlimen BN dan kali kelima, insya Allah menjadi PM ke 6. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments: