Sep 23, 2008

Pembentukan Kerajaan : Mestikah Parlimen Bersidang?

Oleh Maria J. Dass
The Sun,September 22,2008

Pandangan yang mengatakan bahawa persidangan Parlimen hendaklah diadakan untuk menjalankan undian tidak percaya terhadap Perdana Menteri (PM) adalah terlalu umum, menurut pendapat Tommy Thomas, seorang Peguamcara dan Peguambela. Beliau menyatakan demikian merujuk kepada temuramah yang disiarkan oleh akhbar TheSun dengan pakar undang-undang perlembagaan Prof. Dr Shad Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa di bawah Artikel 43(4),Parlimen berkuasa untuk memecat PM dan bukanya Agong

Artikel 43(4) perlembagaan berbunyi: “Sekiranya PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti oleh ahli-ahli dewan, maka,melainkan dengan permintaan Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan dari kabinet”

“Walaubagaimanapun, tafsiran yang dibuat oleh Shad adalah benar sekiranya Artikel 43(4) berbunyi begini: Sekiranya PM dikalahkan oleh undi tidak percaya di Dewan Rakyat, maka...”

Jika tafsiran Shad adalah benar,artikel itu adalah terhad kepada satu kaedah dan satu bentuk fakta sahaja iaitu, perkara tersebut hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat. Menurut Tommy lagi, skop yang lebih luas di dalam perlembagaan membenarkan kaedah yang lain untuk digunapakai
Tommy berkata “Saya menerima kaedah yang disebutkan oleh Shad sebagai kaedah yang tradisi tetapi tidak bersetuju bahawa ia adalah satu-satunya kaedah yang boleh digunapakai,” di dalam wawancara dengannya Jumaat lepas

Menurutnya Artikel 43(4) mewakili laporan Suruhanjaya Reid dan mengekalkan bentuk asalnya yang di rekabentuk berdasarkan prinsip Perlembagaan British yang menganugerahkan kepada Yang DiPertuan Agong kuasa yang setaraf dengan Raja British. Menurutnya lagi, hampir semua negara-negara komanwel mempunyai individu yang mempunyai kedudukan yang serupa dengan Raja British dari segi kuasa.India, sebagai negara republik,mempunyai presiden manakala Australia dan New Zealand mempunyai Ketua Gabenor yang mewakili Ratu British.Persoalannya apakah kaedah-kaedah lain selain dari undi tidak percaya?

Thomas: Untuk menjawab soalan ini, kita kena melihat kepada fakta bahawa hampir setiap negara komanwel, mereka mempunyai kuasa tertinggi, iaitu raja berperlembagaan. DI Malaysia, individu tersebut adalah Agong yang termaktub di dalam Artikel 32(1) undang-undang perlembagaan.Kuasa tertinggi ini adalah melangkaui batasan politik dan menjalankan fungsi untuk mengimbangi negara, terutamanya pada waktu krisis seperti ini

Artikel 43(2)(a), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah mula-mula sekali melantik PM untuk mengetuai kabinet yang diwakili oleh Ahli Parlimen yang menurut pertimbangannya mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Parlimen, Ini menunjukkan kuasa mutlak Agong untuk melantik PM

Agong hendaklah menerima pakai 99.999% nasihat PM pada setiap masa menurut artikel 40(1); walaubagaianapun, menurut artikel 40(2), Agong boleh bertindak untuk melantik PM dan menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen

Di dalam beberapa situasi, Agong tidak perlu menerima pakai nasihat dari PM kerana nasihat tersebut mungkin untuk kepentingan sendiri. Di dalam keadaan di mana PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti,nasihat peribadinya mungkin “Kekalkan saya, jangan pecat saya”. Jadi dalam keadaan seperti ini yang sukar, Agong hendaklah melihat kepada nasihat tersebut dan bertindak untuk kepentingan negara

Sebagai raja berperlembagaan, Agong tidak boleh memecat PM kecuali dia yakin bahawa PM telah hilang sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan oleh artikel 43(4) dan 40(3)

Jika keadaan 43(4) berlaku, maka PM boleh dipecat jika dia tidak meletakkan jawatan

Peruntukan di dalam perlembagaan memberi Agong peruntukan untuk membuat keputusa yang luas, tetapi dia tidak boleh bertindak sebagai diktator di mana terdapat kekangan kepada hak mutlak baginda.Sebagai contoh, baginda tidak boleh melantik sesiapa sahaja menjadi PM kerana calon PM mestilah daripada kalangan ahli dewan rakyat.Ini bermakna, pilihan baginda terhad kepada 222 orang sahaja

Bagaimana pula Agong boleh melaksanakan hak mutlak beliau jika tidak berlaku undi tidak percaya?

Perakuan bertulis yang ditandatangani oleh majoriti oleh ahli dewan rakyat, di mana jikalau ahli parlimen memohon mengadap baginda dan menunjukkan dokumen yang mengesahkan bahawa ahli parlimen tersebut mempunyai majoriti sokongan deklarasi tidak percaya

Jika Agong berpuashati dengan ketulenan tandatangan tersebut, maka baginda boleh menerima kaedah tersebut bagi menentukan akan hilang kepercayaan kepada PM.

No comments: