Jan 29, 2009

Kes Kematian A. Kugan : Keranda Untuk BN ?

28hb Jan 2009 - Kira-kira seramai 5 ribu orang menyertai upacara pengkebumian mendiang A. Kugan yang meninggal dunia semasa di dalam tahanan polis minggu lepas.
Perarakan yang bermula di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu bermula kira-kira jam 2 petang melalui Jalan Universiti dan Jalan Timur PJ sebelum ke Lebuhraya Persekutuan. Kereta yang membawa mayat mendiang kemudian melalui Balai Polis USJ sebelum dikebumikan di perkuburan hindu Batu 14 Puchong pada jam 4.30 petang.

Upacara tersebut berjalan dengan aman walaupun dengan kehadiran polis dan FRU. Seramai 6 orang ditangkap diperkarangan hospital universiti dan 5 orang telah dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.
AMK Pahang diturut diwakili oleh Ketuanya Sdr. Rizal Jamin dan Exco AMK yang juga Naib Ketua AMK
Pahang Sdr. Saravanan telah menghadiri majlis tersebut.Ketua AMK Pusat Sdr. Shamsul Iskandar juga turut hadir bersama-sama EXCO AMK pusat yang lain













Jan 28, 2009

Kes Kematian Kugan Ananthan perlukan Suruhanjaya DiRaja

27hb Jan 2009 - AMK Pahang memandang serius terhadap kes kematian tahanan di lokap Polis di Subang Jaya baru-baru ini.Kugan Ananthan, 22 tahun telah meninggal dunia semasa berada di dalam tahanan polis berhubung siasatan kes kecurian kereta.Mayat mendiang dijangka akan di bakar dilokasi yang belum diketahui umum pada petang 28 Jan 2009.

Komen dari beberapa pemimpin boleh diperolehi di http://www.youtube.com/watch?v=sGSp7n4l5CY

Sehubungan dengan itu, AMK Pahang menggesa kerajaan Malaysia supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat kejadian ini dan membawa pihak yang terbabit kemuka pengadilan.




Jan 16, 2009

Dari The Malaysian Insider : PAS menemui Senjata Terakhir dari Kolum Zulkifli Sulong

JAN 16 - Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri,Dauk Seri Najib Tun Razak.

Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.Beliau berbuat demikian selepas PAS dan PKR membuat bantahan terhadap tindakannya memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar jangan mengundi pembangkang jika tidak mahu kehilangan pekerjaan masing-masing.Dua isu ini dijangka menjadi penentu pilihan raya kecil kali ini kalau kita bercakap soal senjata dan isu terakhir menjelang hari mengundi. Dalam kes Azilah Hadri, dalam keterangan membela dirinya di mahkamah, Azilah membuat pengakuan bahawa dia diarahkan oleh ADC Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu Abdul Razak Baginda.

Jika benar penyiasatan yang dibuat polis, pertolongan yang dimaksudkan adalah membunuh pihak yang menggangu Razak Baginda iaitu Altantuya Shaariibuu.Itu fakta yang tidak berapa penting sebenarnya. Fakta yang terlebih penting adalah bagaimana ADC Najib boleh mengarahkan Azilah membantu Razak.Adakah ADC itu mengarahkan Azilah Hadri tanpa pengetahuan bosnya iaitu Najib. Atau arahan yang dibuat ADC itu atas arahan bosnya pula iaitu Najib.Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi dari diperkatakan. Boleh dikatakan semua rakyat negara ini tertanya-tanya persoalan ini.Apatah lagi sebelum ini sepupu Altantuya dalam keterangannya di mahkamah yang sama memberitahu Altantuya pernah menunjukkan kepadanya sekeping gambar yang menunjukkan dia (Altantuya) makan bersama dengan Razak dan seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak.

Di Permatang Pauh, Najib bersumpah dalam sebuah masjid di sana bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia ini. Apakah di Kuala Terengganu ini Najib terpaksa sekali lagi bersumpah dalam masjid bahawa dia tidak pernah mengarahkan ADCnya mengarahkan Azilah Hadri 'menguruskan' Altantuya.

Pengundi Kuala Terengganu tentu ternanti-nanti tindakan Najib ini. Kita percaya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak keberatan untuk membenarkan mana-mana masjid digunakan oleh Najib untuk membuat sumpah ini.
Kalau MB Kelantan yang berlainan parti dengannya boleh dibenarkan untuk menggunakan Masjid Hiliran untuk melancarkan jentera pilihan raya Kelantan bagi membantu calon Pas, takkan dia tidak boleh membenarkan Najib untuk menggunakan mana-mana masjid untuk bersumpah.

Isu kedua yang bakal menjadi senjata terakhir kempen ini adalah perletakan jawatan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu ini.Sebelum perletakan jawatan ini, Pas dan PKR telah membuat laporan polis terhadap Razali. Semasa kenyataan awalnya kepada media, Mat Razali menafikan dakwaan Pas dan PKR itu.PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya itu.Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman. "Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)"."Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," tulis Fariz Musa dalam laporan polisnya.

Pengarah Operasi pilihan raya Pas Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap Mat Razali di mahkamah Kuala Terengganu segera.Namun belum sempat kes itu difailkan, Mat Razali terlebih dahulu meletakkan jawatan.Implikasi besar kepada perletakan jawatan Mat Razali adalah terbuktinya dakwaan bahawa pegawai SPR sering berat sebelah selama ini. Ini kerana, pelbagai laporan tentang penyelewengan dan tindakan berat sebelah selama ini tidak pernah diendahkan.Nampaknya kedatangan Pengerusi baru SPR banyak membawa perubahan penting dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. Semasa hari pernamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu lagi perkara ini sudah mula dirasai. Ketika hari itu Pas memuji beberapa langkah SPR dalam menguruskan hari pernamaan calon itu.Perubahan yang berlaku semasa hari pengundian secara pos juga mendapat pujian dari Pas. Pesuruhjaya Pas Terengganu yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya memuji langkah membenarkan wakil parti-parti yang bertanding memerhati perjanlanan undi pos."Ia satu yang baik walaupun ada lagi langkah yang perlu untuk undi pos ini," kata Mustafa.Mungkin juga, Pengerusi baru SPR ini mempunyai peranan sehingga Mat Razali meletakkan jawatannya dalam pilihan raya ini.Namun yang pasti, perletakan jawatan Mat Razali memberi moral besar kepada Pas di saat akhir menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apatah lagi, kenyataan Azilah akan menyerang tepat jentera kempen BN apabila pengarahnya sendiri, Datuk Seri Najib, terpaksa membela diri.

AMK Pahang di KT : Laporan 2

15hb Jan 2008 - Dengan hari mengundi tinggal 2 hari sahaja, petugas-petugas AMK Pahang sibuk menggerakkan jentera PR terutamanya di DUN Ladang dan Bandar.Pada kira-kira pukul 4 petang, DSAI telah meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan semua jentera AMK Malaysia dimana beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dan menyeru AMK bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memastikan kemenangan calon PAS Haji Abdul Wahid Endut.

Pada sebelah petangnya, aktiviti pengedaran akhbar Suara Keadilan dan Harakah secara percuma telah di jalankan disekitar bulatan bandar Kuala Terengganu.
Pada sebelah malamnya pula, semua petugas bergegas ke tapak ceramah Pentas Anak muda yang turut disertai oleh DSAI dan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar serta timbalan ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Tantawi.

Jan 15, 2009

Dari MSOMelayu Blog : Surat rahsia sudah didedahkan semalam15 Jan 2009

RAHSIA besar yang akan didedahkan oleh Mohamad Ezam Mohd Noor iaitu surat Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah pun didedahkan semalam di ceramahnya di Kuang Ikan. Surat rahsia itu sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Sebelum ini orang ramai yang tidak sabar menanti apa yang hendak didedahkan Ezam sejak beliau menceritakan hal itu, mengingatkan ia rahsia besar yang boleh menghentikan deburan ombak laut Cina Selatan.Orang ingat ia rahsia besar antara Anwar dengan Mahathir. Setidak-tidaknya surat itu mendedahkan satu skandal mereka berdua melibatkan kewangan berbillion ringgit dan menjejaskan negara dan bangsa.Alih-alih surat itu hanya isi hati Anwar yang ingin berbaik dengan Mahathir setelah beliau merasa tertekan dengan keadaan selepas dipecat dari Umno. Itu saja, ia tak ubah tahi cicak saja.Sedikit pun tidak mengejutkan. Anwar menulis surat merayu kepada Dr Mahathir ingin berdamai memandangkan keadaannya terjempit pada masa itu.Surat itu wajar dilakukan Anwar dalam keadaan begitu. Beliau harus mencari apa saja helah untuk menyelamatkan dirinya. Itulah ikhitiar terakhir namanya. Pemimpin (politik) yang cekap yang dapat melepaskan dirinya dari yang terkandas dalam jaring atau jala wajar berbuat begitu.Ia tidak salah.
Kata Ezam surat itu menggambarkan Anwar tidak konsisten alias tidak ada prinsip dan cuba menggambarkan Anwar seorang yang hipokrit. Siapa sebenarnya siapa yang tidak konsisten dan munafik dalam hal ini. Anwar atau Ezam sendiri?Siapa yang lari meninggal perjuangan Keadilan? Ezam atau Anwar? Dan siapa yang mendedahkan kebodohan diri sendiri kepada dunia dengan pendedahan rahsia bersifat tahi ciacak itu?Apa yang Ezam dedahkan itu kononnya Anwar tidak konsisten sebenarnya mendedahkan kelemahan dirinya sendiri. Tidak fasal-fsal Ezam merendahkan intergritinya sebagai pemimpin. Baik orang tidak tahu kini orang semakin mengenali hati budi Ezam sebagai ahli politik. Pendedahan Ezam itu menunjukkan dia seorang yang boleh ikut telunjuk sesiapa saja demi meraih glamour sementara.Kalau beliau ada wibawa beliau tidak akan ikut Anwar meninggalkan Umno dan menggerakan reformasi. Kalau Ezam hebat dan ada pengaruh dan integriti beliau harus melawan Anwar dari dalam, membina Keadilan (PKR) seperti mana yang beliau kehendaki dan hasratkan itu.Surat rahsia Ezam semalam tidak memberi apa-apa kesan. Patutlah Anwar sendiri tidak memberi apa-apa respon. Inilah kebijaksana dan kelebihan Anwar tidak akan cuba bermain politik dengan isu berbentuk sampah sarap. Sesungguhnya integriti Anwar sebagai negarawan tidak terjangkau oleh Ezam.
Yang boleh dimusykilkan juga kenapa Ezam mendedah Anwar bukan mendedah keburukan calon Pas, Abdul Wahid Endut ataupun menjelaskan tentang keburukan perjuangan Pas. Kehadiran Ezam ke Kuala Terengganu semacam tidak relevan. Beliau sengaja mencari ruang untuk melepaskan berahi marahnya kepada Anwar.Kepada Ezam berhentilah berpolitik secara tadika dengan mendedahkan hal-hal remeh temeh dan buang masa. Saya bimbang selepas ini sekiranya ada pilihan raya kecil di tempat lain Ezam akan mendedahkan hal-hal yang lebih sampah daripada itu misalnya memberi tahu kepada publik berapa kali beliau tolong hulurkan timba (bekas) kepada Anwar untuk basuh berak kerana pam untuk plush air ke dalam tangki rosak atau berapa kali beliau diminta membeli pad untuk Wan Azizah semasa menjadi Ketua Pemuda Keadilan dulu.Janganlah sampai ke tahap itu Ezam, malu! / msomelayu.blogspot.com

Jan 14, 2009

AMK Pahang di KT

Kontinjen Pahang yang diketuai oleh Sdr. Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang telah berada di Kuala Terengganu mulai semalam 13hb Jan 2009.Pasukan yang dianggotai oleh seramai 15 orang ahli AMK itu akan berada disana sehingga hari pembuangan undi.

Kontinjen Pahang akan bertugas membantu AMK Pusat di Bilik Gerakan AMK di Wisma Sentosa bersebelahan dengan 7-ELEVEN.Antara aktiviti-aktiviti dimana AMK Pahang terlibat termasuklah pengedaran risalah,penyediaan tapak ceramah dan membantu jentera PAS mengendalikan tempat pembuangan undi pada hari sabtu ini.

Lebih ramai petugas-petugas akan menyertai kontinjen Pahang menjelag hari pembuangan undi Sabtu ini.

Sketsa Kempen PRK P036 : K.Terengganu

AMK Pahang merayu pengundi-pengundi berdaftar di Kuala Terengganu untuk keluar mengundi pada 17hb Jan 2009. UNDILAH CALON PAS Hj. Abdul Wahid Endut.Kajiselidik yang dilakukan oleh Merdeka Center menunjukkan bahawa para pengundi Cina menunjukkan trend menyokong PAS manakala pengundi Melayu berpecah dua dengan 50% menyokong PAS dan 50% menyokong UMNO. 8% pengundi masih belum membuat keputusan.


sambil-sambil itu saksikan video sketsa kempen yang tertera :

http://www.youtube.com/watch?v=i-wkBgdo3ug

Jan 9, 2009

Dari The Malaysian Insider : Pakatan proving to be a viable and capable alternative

JAN 9 — Pakatan Rakyat is now facing its first serious electoral test since its formation. How has it performed so far? While the ride has been bumpy, I believe that any fair yardstick must give Pakatan due credit for holding together and pursuing the agenda its supporters voted for.
Pakatan Rakyat remains a viable political coalition, and offers a much stronger alternative to the electorate than its individual component parties did in the general election of March 2008.
The recent general election was actually a bit of an aberration in that for the first time in living memory there was actually a discernible core in all the manifestos of the different opposition parties. All three Pakatan parties have committed themselves to battling racism, reforming our government and improving access to economic opportunities. These were the three main planks of their platforms, and are what the voters of five states and Peninsular Malaysia at the federal level voted for.

Now, it is easy to think that Pakatan might be in danger of falling apart because of personal differences their politicians may have, or even policy differences. But I think we are really holding Pakatan to an unfair standard here. Barisan Nasional does not have a coherent platform to speak of, and its component parties bicker incessantly.

One thing Pakatan has going for it is that all its parties agree on the three problems they see facing the country, and more or less how to solve them. Barisan’s platform is predicated on denying the existence of these problems, and seems to have more of a vague theme running along the lines of “don’t bother switching, you have it so good”. Since before the March elections, and even more ever since then, Barisan parties have openly bickered on important policy issues. Umno says one thing about race, MCA says another; Umno says one thing about religion, MCA says another; Umno and MCA say one thing about the Internal Security Act, Gerakan and PPP say another. Barisan now has nothing to unite itself on except antipathy towards Pakatan, and a ragtag bunch of Pakatan-haters does not a coalition make.

The most pressing issue facing Pakatan at the moment is the struggle over hudud laws. Noted liberal Pas vice-president Husam Musa recently promised Pas supporters that it will continue to press for enactment of hudud laws at the federal level; the DAP has been equally adamant in reassuring its supporters that it will oppose hudud laws. The PKR position remains an enigma, but I imagine in its traditional spirit of compromise that when the issue comes to a vote, it will let its MPs vote freely. At first glance, this lack of Pakatan unity seems troubling.

But the true test of a political coalition is not singleminded ideological coherence; the true test is whether the component parties can give and take enough to govern effectively together. Husam explicitly stated that hudud laws would only be passed if other Pakatan parties consented; this is and always has been the Pas position, since even before the March general election. He did not say that Pas would quit the potential Pakatan government, or withhold support on other key issues if the theoretical hudud Bill failed. Pas is merely saying that it supports hudud laws; it is not saying that it will upset the wishes of the electorate at large by overturning the Pakatan agenda and quitting the coalition if it cannot get its way.

True reason for concern would be Pas talking of quitting Pakatan if the other parties refuse to accept the hudud laws. But this is not the case; Pas respects the right of other Pakatan component parties to differ, and has taken pains to assure everyone that it will not force the hand of its fellow Pakatan partners. To put this in perspective, Britain is governed by one party: Labour. Did Labour have a consensus about sending the young men and women of its armed forces to die in Iraq? Ministers quit the Labour government and numerous MPs voted against the party line in 2003 to voice their opposition. Yet did anyone muse about the possible collapse of the Labour government? No, because it was clear that in spite of their strong differences, the Labour government still had the support of its backbenchers. There is absolutely nothing wrong with individual component parties or even politicians taking different stands on important issues; that is the essence of democracy.

The real test of Pakatan’s staying power will be its viability to govern. Before March 2008, there was little way to tell how a Pakatan government would function — if it would function at all. But we have had almost a year with almost half the states in our federation under Pakatan governance, and we are nowhere near the disaster which Barisan promised us would occur if we voted in a Pakatan government. The occasional mishap under the Pakatan government in Selangor can hardly measure up to the scandals of the previous Barisan Nasional state government; the combined government in Perak has been working surprisingly effectively and efficiently even under a Pas menteri besar; Penang keeps moving forward with little friction, the occasional Umno-provoked demonstration aside. The three most developed states in the country have been governed with remarkably little muss or fuss by Pakatan; it is true that things in the states are far from perfect, but they show no signs of collapse, and they continue to develop and grow regardless of the party in power.

Every indication so far is that Pakatan remains a viable political grouping, with mature leaders willing to work together in spite of their differences to achieve their common ends. Before March 8, not many of us could seriously say we believed the Pakatan parties could hold together and govern; it is clear now that they are capable of doing as much, if not more. If the Malaysian people still hunger for the reforms, the change, the equality of opportunity we have been promised by our politicians from both Pakatan and Barisan, we have every reason now to seriously consider Pakatan a viable and capable alternative government.
John Lee is a second-year student of economics at Dartmouth College in the United States. He has been thinking aloud since 2005 at infernalramblings.com.