15hb Jan 2008 - Dengan hari mengundi tinggal 2 hari sahaja, petugas-petugas AMK Pahang sibuk menggerakkan jentera PR terutamanya di DUN Ladang dan Bandar.Pada kira-kira pukul 4 petang, DSAI telah meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan semua jentera AMK Malaysia dimana beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dan menyeru AMK bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memastikan kemenangan calon PAS Haji Abdul Wahid Endut.
Pada sebelah petangnya, aktiviti pengedaran akhbar Suara Keadilan dan Harakah secara percuma telah di jalankan disekitar bulatan bandar Kuala Terengganu.
Pada sebelah malamnya pula, semua petugas bergegas ke tapak ceramah Pentas Anak muda yang turut disertai oleh DSAI dan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar serta timbalan ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Tantawi.
No comments:
Post a Comment