JAN 16 - Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri,Dauk Seri Najib Tun Razak.
Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.Beliau berbuat demikian selepas PAS dan PKR membuat bantahan terhadap tindakannya memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar jangan mengundi pembangkang jika tidak mahu kehilangan pekerjaan masing-masing.Dua isu ini dijangka menjadi penentu pilihan raya kecil kali ini kalau kita bercakap soal senjata dan isu terakhir menjelang hari mengundi. Dalam kes Azilah Hadri, dalam keterangan membela dirinya di mahkamah, Azilah membuat pengakuan bahawa dia diarahkan oleh ADC Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu Abdul Razak Baginda.
Jika benar penyiasatan yang dibuat polis, pertolongan yang dimaksudkan adalah membunuh pihak yang menggangu Razak Baginda iaitu Altantuya Shaariibuu.Itu fakta yang tidak berapa penting sebenarnya. Fakta yang terlebih penting adalah bagaimana ADC Najib boleh mengarahkan Azilah membantu Razak.Adakah ADC itu mengarahkan Azilah Hadri tanpa pengetahuan bosnya iaitu Najib. Atau arahan yang dibuat ADC itu atas arahan bosnya pula iaitu Najib.Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi dari diperkatakan. Boleh dikatakan semua rakyat negara ini tertanya-tanya persoalan ini.Apatah lagi sebelum ini sepupu Altantuya dalam keterangannya di mahkamah yang sama memberitahu Altantuya pernah menunjukkan kepadanya sekeping gambar yang menunjukkan dia (Altantuya) makan bersama dengan Razak dan seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak.
Di Permatang Pauh, Najib bersumpah dalam sebuah masjid di sana bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia ini. Apakah di Kuala Terengganu ini Najib terpaksa sekali lagi bersumpah dalam masjid bahawa dia tidak pernah mengarahkan ADCnya mengarahkan Azilah Hadri 'menguruskan' Altantuya.
Pengundi Kuala Terengganu tentu ternanti-nanti tindakan Najib ini. Kita percaya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak keberatan untuk membenarkan mana-mana masjid digunakan oleh Najib untuk membuat sumpah ini.
Kalau MB Kelantan yang berlainan parti dengannya boleh dibenarkan untuk menggunakan Masjid Hiliran untuk melancarkan jentera pilihan raya Kelantan bagi membantu calon Pas, takkan dia tidak boleh membenarkan Najib untuk menggunakan mana-mana masjid untuk bersumpah.
Isu kedua yang bakal menjadi senjata terakhir kempen ini adalah perletakan jawatan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu ini.Sebelum perletakan jawatan ini, Pas dan PKR telah membuat laporan polis terhadap Razali. Semasa kenyataan awalnya kepada media, Mat Razali menafikan dakwaan Pas dan PKR itu.PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya itu.Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman. "Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.
Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)"."Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," tulis Fariz Musa dalam laporan polisnya.
Pengarah Operasi pilihan raya Pas Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap Mat Razali di mahkamah Kuala Terengganu segera.Namun belum sempat kes itu difailkan, Mat Razali terlebih dahulu meletakkan jawatan.Implikasi besar kepada perletakan jawatan Mat Razali adalah terbuktinya dakwaan bahawa pegawai SPR sering berat sebelah selama ini. Ini kerana, pelbagai laporan tentang penyelewengan dan tindakan berat sebelah selama ini tidak pernah diendahkan.Nampaknya kedatangan Pengerusi baru SPR banyak membawa perubahan penting dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. Semasa hari pernamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu lagi perkara ini sudah mula dirasai. Ketika hari itu Pas memuji beberapa langkah SPR dalam menguruskan hari pernamaan calon itu.Perubahan yang berlaku semasa hari pengundian secara pos juga mendapat pujian dari Pas. Pesuruhjaya Pas Terengganu yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya memuji langkah membenarkan wakil parti-parti yang bertanding memerhati perjanlanan undi pos."Ia satu yang baik walaupun ada lagi langkah yang perlu untuk undi pos ini," kata Mustafa.Mungkin juga, Pengerusi baru SPR ini mempunyai peranan sehingga Mat Razali meletakkan jawatannya dalam pilihan raya ini.Namun yang pasti, perletakan jawatan Mat Razali memberi moral besar kepada Pas di saat akhir menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apatah lagi, kenyataan Azilah akan menyerang tepat jentera kempen BN apabila pengarahnya sendiri, Datuk Seri Najib, terpaksa membela diri.
No comments:
Post a Comment