Kontinjen Pahang yang diketuai oleh Sdr. Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang telah berada di Kuala Terengganu mulai semalam 13hb Jan 2009.Pasukan yang dianggotai oleh seramai 15 orang ahli AMK itu akan berada disana sehingga hari pembuangan undi.
Kontinjen Pahang akan bertugas membantu AMK Pusat di Bilik Gerakan AMK di Wisma Sentosa bersebelahan dengan 7-ELEVEN.Antara aktiviti-aktiviti dimana AMK Pahang terlibat termasuklah pengedaran risalah,penyediaan tapak ceramah dan membantu jentera PAS mengendalikan tempat pembuangan undi pada hari sabtu ini.
Lebih ramai petugas-petugas akan menyertai kontinjen Pahang menjelag hari pembuangan undi Sabtu ini.
No comments:
Post a Comment