Jan 28, 2009

Kes Kematian Kugan Ananthan perlukan Suruhanjaya DiRaja

27hb Jan 2009 - AMK Pahang memandang serius terhadap kes kematian tahanan di lokap Polis di Subang Jaya baru-baru ini.Kugan Ananthan, 22 tahun telah meninggal dunia semasa berada di dalam tahanan polis berhubung siasatan kes kecurian kereta.Mayat mendiang dijangka akan di bakar dilokasi yang belum diketahui umum pada petang 28 Jan 2009.

Komen dari beberapa pemimpin boleh diperolehi di http://www.youtube.com/watch?v=sGSp7n4l5CY

Sehubungan dengan itu, AMK Pahang menggesa kerajaan Malaysia supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat kejadian ini dan membawa pihak yang terbabit kemuka pengadilan.




No comments: