Jan 29, 2009

Kes Kematian A. Kugan : Keranda Untuk BN ?

28hb Jan 2009 - Kira-kira seramai 5 ribu orang menyertai upacara pengkebumian mendiang A. Kugan yang meninggal dunia semasa di dalam tahanan polis minggu lepas.
Perarakan yang bermula di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu bermula kira-kira jam 2 petang melalui Jalan Universiti dan Jalan Timur PJ sebelum ke Lebuhraya Persekutuan. Kereta yang membawa mayat mendiang kemudian melalui Balai Polis USJ sebelum dikebumikan di perkuburan hindu Batu 14 Puchong pada jam 4.30 petang.

Upacara tersebut berjalan dengan aman walaupun dengan kehadiran polis dan FRU. Seramai 6 orang ditangkap diperkarangan hospital universiti dan 5 orang telah dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.
AMK Pahang diturut diwakili oleh Ketuanya Sdr. Rizal Jamin dan Exco AMK yang juga Naib Ketua AMK
Pahang Sdr. Saravanan telah menghadiri majlis tersebut.Ketua AMK Pusat Sdr. Shamsul Iskandar juga turut hadir bersama-sama EXCO AMK pusat yang lain













1 comment:

Razak Bin Ramli said...

Kemana pergi sifat kemanusian anggota polis yang terlibat mendera itu.
Akhlak mereka umpama binatang buas.
Mereka sakit sebenarnya.Sakit Jiwa.
Mereka cuma sihat fizikal bukan sihat rohani.Jiwa diisi dengan sifat kesetanan.Itulah jadinya.